awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...

Firdaus Azil
Firdaus Azil
09/05/2022
08:14 MYT
AirAsia tidak kompeten? Ini saranan Alexander...
Kementerian akan terus menjalankan siasatan daripada sisi kepentingan pengguna, dan bekerjasama dgn Kementerian Pengangkutan bagi merungkai permasalahan tersebut, demi memastikan ia tidak berlanjutan dan berulang. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kelewatan penerbangan AirAsia sudah dikesan berlaku sejak penghujung bulan April, dan masih berlarutan hingga kini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Ahli Parlimen Kapit itu berkata, sebagai menteri yang ditugaskan menjaga pengguna, beliau mengambil maklum mengenai rungutan, aduan dan keluhan disuarakan pengguna berhubung kelewatan penerbangan AirAsia, membabitkan pelbagai destinasi dalam negara.
Tegasnya lagi, kementerian akan terus menjalankan siasatan dari sisi kepentingan pengguna, dan bekerjasama dgn Kementerian Pengangkutan bagi merungkai permasalahan tersebut, demi memastikan ia tidak berlanjutan dan berulang.
Dalam pada itu, Nanta berkata, bagi makluman pengguna perkhidmatan penerbangan, mereka berhak menuntut pampasan (tertakluk kepada beberapa faktor) bagi meneruskan perjalanan.
Bengang sampai baru perasan patutnya taip jumaat kerja tapi tertaip khamis https://t.co/ZFvk67n8D2 pic.twitter.com/azqgXPhEwR
— Atilyana (@nrtlyn) May 8, 2022
“Bergantung kepada punca penundaan atau pembatalan, berdasarkan maklumat daripada mavcom.my, pampasan ini mungkin merangkumi makanan, panggilan telefon, dan akses internet (bagi penangguhan selama 2 jam atau lebih).
“.. penginapan hotel dan pengangkutan (untuk penangguhan selama 5 jam atau lebih); dan pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif (jika penerbangan anda dibatalkan),” katanya lagi.
Pemerhatian Astro AWANI di beberapa laman sosial mendapati ramai pihak meluahkan rasa kecewa dengan tahap perkhidmatan AirAsia di bawah Capital A itu, terutamanya ketika musim perayaan.
Teruknya AirAsia ni bukan sebab delay dah, tapi reschedule flight orang. Dey, kita pick the flight for a reason, without any solid reason, tak boleh la suka2 hati reschedule. kalau delay setengah jam ke sejam takpe lagi. reschedule is the WORST. ingat orang takde planning ke? https://t.co/gUZ7KmO5Hs
— Hazrin (@hazurinkun) May 9, 2022
Jarang naik flight tp haritu masa pi langkawi kena dah byk kali sgt reschedule dan delayed! So mmg lps ni nk naik flight AA fikir beratus kali takkisah la hang nk murah takmasuk akal pun. Masa org berharga bkn utk follow depa punya ja! https://t.co/xVsJT2Hp83
— AmaLina (@bintu_rofie) May 9, 2022
Today especially is #SidaiAirAsia Day. From cancelled/delayed flights to delayed luggage. AirAsia boleh tukar jadi #AirSidai And they still get away with it. https://t.co/2ZNndXMSkg
— (@iamjoelee) May 8, 2022
Bengang sampai baru perasan patutnya taip jumaat kerja tapi tertaip khamis https://t.co/ZFvk67n8D2 pic.twitter.com/azqgXPhEwR
— Atilyana (@nrtlyn) May 8, 2022
Dalam pada itu, Nanta berkata, satu-satunya pengecualian (bagi mendapatkan pampasan) adalah apabila berlakunya suatu “keadaan luar biasa” yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya.
“Jika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi MAVCOM,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#air asia
#penerbangan
#mavcom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan