SEPANG: AirAsia X (AAX) yang melebarkan sayapnya ke Asia Tengah melancarkan penerbangan terus pertamanya ke Almaty, Kazakhstan hari ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata laluan baharu itu bukan sahaja meningkatkan ketersambungan hubungan, malah mengukuhkan ikatan budaya dan ekonomi antara Kazakhstan dan Malaysia.
"Berikutan dengan kejayaan ini, kita menjangkakan pemulihan yang lebih ketara dalam trafik penumpang untuk 2024, dengan bilangan penumpang antara 93.9 juta hingga 107.1 juta," katanya.
Beliau berkata demikian semasa majlis pelepasan AirAsia X Kuala Lumpur - Almaty di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
Turut hadir, Duta Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev, Pengerusi Capital A Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail.
Loke berkata laluan baharu AirAsia X itu menunjukkan kepentingan Asia Tengah, sama ada melibatkan pertukaran dalam bidang pendidikan, pelancongan atau industri halal, dengan Malaysia menjadi rakan kongsi dalam trajektori pertumbuhan rantau itu.
"Kami mengharapkan lebih banyak peluang untuk perdagangan, pelancongan dan pelaburan di kedua-dua negara," katanya.
Sementara itu, Kamarudin berkata pelancaran laluan baharu berkenaan menunjukkan komitmen syarikat penerbangan itu dalam mengukuhkan hubungan ekonomi dan diplomatik antara kedua-dua negara.
Beliau berkata dengan perdagangan dua hala mencecah berjuta-juta dolar Amerika Syarikat, ia membuka ruang untuk memperluaskan kerjasama, khususnya dalam pelancongan, berikutan Kazakhstan akan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-32.
Sugurbayev dalam pada itu berkata beliau menantikan impak positif yang akan dibawa oleh industri penerbangan ke kedua-dua negara kerana Malaysia dikenali sebagai destinasi popular bagi warga Kazakhstan.
"Ramai pelancong Kazakhstan ke Malaysia sejak 20 tahun lepas dan saya gembira AirAsia akan membantu warga Kazakhstan mengembara ke seluruh Malaysia," katanya.
AAX akan mengendalikan empat penerbangan seminggu ke Almaty, menawarkan lebih daripada 95,000 tempat duduk setiap tahun, dengan tambang kompetitif bermula daripada RM599 atau AS$169 semua dalam sehala.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
AirAsia X (AAX) yang melebarkan sayapnya ke Asia Tengah melancarkan penerbangan terus pertamanya ke Almaty, Kazakhstan hari ini. - Foto Facebook Kementerian Pengangkutan
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.