awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X perluas rangkaian jarak sederhana ke India Utara

Bernama
Bernama
16/06/2023
07:04 MYT
AirAsia X perluas rangkaian jarak sederhana ke India Utara
Pelancaran semula itu juga sebahagian daripada usaha kumpulan untuk memperkukuh kedudukan AAX di Asia Selatan dan melengkapkan lagi rangkaian besar di Asia Utara. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia Aviation Group, AirAsia X (AAX), meneruskan usaha memperluas rangkaiannya dengan pelancaran semula perkhidmatan terus dari Kuala Lumpur ke Amritsar di India Utara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benyamin Ismail berkata pelancaran semula itu juga sebahagian daripada usaha kumpulan untuk memperkukuh kedudukan AAX di Asia Selatan dan melengkapkan lagi rangkaian besar di Asia Utara.
"Kami optimis langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan tawaran destinasi jarak sederhana kami dengan tambang yang berpatutan, tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan secara keseluruhan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Penerbangan empat kali seminggu bermula 3 Sept, 2023 itu memberi peluang kepada orang ramai mendapat akses mengunjungi Amritsar, destinasi yang dikenali dari segi keagamaan, tarikan pelancongan, peluang komersial serta prospek perdagangan.
Sejajar dengan kedudukannya sebagai destinasi kedua ke India selepas New Delhi, laluan itu akan menyediakan kapasiti tahunan sebanyak 157,263 tempat duduk antara Kuala Lumpur dan Amritsar untuk AAX.
Bersempena pelancaran semula itu, AAX menawarkan tambang termasuk semua daripada RM299 sehala untuk tempat duduk ekonomi dan RM999 sehala untuk tempat duduk katil rata Premium Flatbed.
Selain itu, mereka yang menempah perjalanan ke dan dari Amritsar akan turut menikmati diskaun sebanyak 50 peratus untuk bagasi daftar masuk apabila membuat tempahan mulai hari ini sehingga 2 Julai, 2023, bagi tempoh perjalanan 3 Sept, 2023 dan 30 Mac, 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airasia X
#benyamin ismail
#AirAsia Aviation Group
#Kuala Lumpur ke Amritsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan