awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X sambung semula penerbangan ke Tokyo

Bernama
Bernama
07/11/2022
20:07 MYT
AirAsia X sambung semula penerbangan ke Tokyo
AAX juga menawarkan tambang bernilai hebat dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) daripada RM699 sehala untuk ekonomi dan daripada RM2,599 untuk Premium Flatbed. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: AirAsia X (AAX) semalam menyambung semula penerbangannya ke Tokyo (Haneda) berikutan pembukaan semula sepenuhnya sempadan negara itu untuk pelancong antarabangsa.
AAX dalam satu kenyataaan berkata penerbangan tiga kali seminggu itu akan menjadi penerbangan pertama AAX ke Jepun selepas pandemik, menjelang pelancaran laluan keduanya ke Sapporo (Shin-Chitose) pada bulan Disember depan.
Sempena penyambungan semula perkhidmatannya, AAX meraikan penerbangan tersebut dengan majlis pelepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) dengan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik untuk para tetamu.
AAX juga menawarkan tambang bernilai hebat dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) daripada RM699 sehala untuk ekonomi dan daripada RM2,599 untuk Premium Flatbed.
Tambang tersedia untuk tempahan sekarang bagi tempoh perjalanan antara sekarang hingga 30 Mac 2024.
Kru penerbangan AirAsia X meraikan penyambungan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) di klia2, Sepang, 7 Nov 2022. Foto AirAsia
Kru penerbangan AirAsia X meraikan penyambungan semula penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tokyo (Haneda) di klia2, Sepang, 7 Nov 2022. Foto AirAsia
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata Jepun adalah antara destinasi utama syarikat penerbangan itu dan pihaknya teruja untuk kembali ke Tokyo yang merupakan salah satu laluan yang paling popular.
"Penyambungan semula perkhidmatan ke Tokyo juga menandakan komitmen kami untuk memacu pertumbuhan kami sebagai syarikat penerbangan jarak pertengahan. Ini hanyalah laluan pertama daripada beberapa laluan ke Jepun yang akan beroperasi termasuk ke Sapporo (Shin-Chitose) pada bulan Disember dan Osaka tahun depan.
"Kami juga mempunyai penerbangan sambungan melalui Kuala Lumpur ke Jepun termasuk dari Australia dan banyak lagi. Apabila permintaan meningkat, kami akan menambah lebih banyak penerbangan ke Tokyo secara beransur-ansur pada masa hadapan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airasia X
#Tokyo
#Jepun
#Haneda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan