awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April

Amanz
Amanz
12/03/2024
03:50 MYT
Airbnb haramkan pemasangan CCTV di unit sewaan bermula 30 April
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa. -Amanz
AIRBNB mengemas kini garis panduan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) oleh pemilik unit sewaan.
Ia kini diharamkan penggunaannya sama sekali di keseluruhan unit bagi menjaga privasi penyewa.
Sebelum ini mereka dibenarkan meletakkan kamera CCTV di ruang awam seperti ruang tamu dan koridor sahaja bagi tujuan pemantauan pelanggan yang menyewa.
Garis panduan ini diguna pakai pada kesemua pemilik unit Airbnb seluruh dunia bermula 30 April depan.
Pemilik unit diberikan masa untuk menanggalkan kamera CCTV yang telah dipasang.
Penggunaan kamera pada ruang luaran unit seperti pada loceng pintu masih lagi dibenarkan. Jika kamera CCTV diletakkan di bahagian luaran unit, pemilik perlu memberitahu penyewa lokasi di mana ia diletakkan.
Penggunaan kamera CCTV ialah subjek yang sering dibangkitkan oleh penyewa Airbnb sejak dari dahulu lagi kerana berlaku banyak kes ia disorokkan dalam bilik tidur dan bilik mandi.
Penyewa merasakan privasi mereka dicerobohi sementara pemilik unit kata ia hak mereka untuk memantau bagi memastikan mereka mempunyai bukti kerosakan berlaku disebabkan oleh penyewa. -Amanz
Topic Berkaitan
#CCTV
#Airbnb
#unit sewaan
#privasi penyewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan