KUALA LUMPUR: Airbus SE menyasar melancarkan MEASAT-3d, satelit telekomunikasi pelbagai misi baharu yang dibina bagi pengendali satelit Malaysia, MEASAT Global Bhd, tahun depan.
Ketua bahagian Pertahanan dan Angkasa Asia Tenggara Airbus, Johan Pelissier berkata satelit baharu itu akan menggantikan kapasiti dan meningkatkan perniagaan teras MEASAT di Asia, Timur Tengah dan Afrika.
"Rancangannya adalah untuk melancarkan satelit baharu ini pada 2022.
"Airbus berharapkan banyak lagi peluang untuk meningkatkan sumbangan bagi menyokong usaha Malaysia dalam bidang angkasa," katanya semasa taklimat media secara maya mengenai tinjauan Airbus bagi segmen pertahanan dan angkasa di Malaysia, di sini, pada Isnin.
Airbus telah menyediakan imejan angkasa kepada Malaysia sejak 1998.
Pada 2014, Airbus membuat serahan MEASAT-3b dan pada 2019 dipilih sekali lagi untuk membina MEASAT-3d.
Dengan satelit baharu itu, MEASAT mengukuhkan komitmennya untuk menyediakan prasarana teras bagi industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan penyiaran Malaysia.
Mengenai prospeknya di Malaysia, Pelissier berkata Airbus berhasrat untuk mengukuhkan kedudukannya dalam bidang sokongan dan perkhidmatan bagi segmen pertahanan.
"Kami telahpun mempunyai rakan kongsi tempatan yang kukuh bagi helikopter dan A400M, dan berharap dapat memanfaatkan perkongsian sedia ada ini dalam bahagian pertahanan dan ketenteraan bagi membantu Malaysia mewujudkan operasi penyenggaraan, pembaikan, baik pulih (MRO) selenggara sendiri dan membangunkan keupayaan kejuruteraan peringkat tinggi bagi menyokong MRO kompleks dalam platform berbeza.
"Kami terus berusaha untuk mengembangkan industri tempatan ini yang telahpun kukuh sebagai menyokong rancangan kolaborasi industri yang berterusan terutamanya dalam pertahanan," katanya.
Mengenai kelestarian pada masa depan, Ketua Negara Airbus Malaysia, Raymond Lim berkata syarikat itu menyasar meneraju usaha pengurangan karbon sektor aeroangkasa dan membina pesawat sifar pelepasan karbon dunia menjelang 2035.
Menurutnya, Airbus telah lama mengiktiraf Malaysia sebagai rakan utama untuk merealisasikan visi penerbangan sifar pelepasan karbonnya.
Lim berkata syarikat itu telah bekerjasama dengan Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia sejak sembilan tahun lepas bagi program penerbangan lestarinya dengan penekanan kepada meneroka potensi biojisim sebagai bahan mentah bagi bahan api penerbangan lestari.
Beliau berkata rizab sumber boleh diperbaharui yang besar dan pasaran tenaga yang kukuh juga meletakkan Malaysia sebagai potensi peneraju bagi membangunkan pasaran hidrogen.
"Apabila ada keperluan, Airbus bersedia untuk menyokong Malaysia dalam pembangunan ekosistem mampan yang boleh melibatkan teknologi hidrogen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Airbus telah menyediakan imejan angkasa kepada Malaysia sejak 1998. - Bernama

40 khemah peniaga, 16 rumah di Kepala Batas rosak akibat ribut
Melibatkan kerugian kepada 16 keluarga di Kampung Paya Keladi Hujung dan Kampung Paya Keladi Tengah, kerana kerosakan pada rumah terutama bahagian bumbung, selain peralatan elektrik dan perabut.

Dua maut kemalangan babitkan dua kenderaan di Seremban
Dalam kemalangan kira-kira 7.45 malam itu, seorang lelaki berusia 24 tahun yang merupakan pemandu Proton Saga dan penumpang wanita berusia 40 tahun, maut selepas tersepit dalam kereta berkenaan.

COVID-19: Kes positif global lebih 115 juta, kematian lepasi angka 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.4 juta.

UiTM FC bersedia hadapi Liga Super 2021
UiTM FC yakin dengan persediaan mereka untuk sepak mula Liga Super 2021 berhadapan Terengganu FC di Stadium UiTM, Shah Alam, Sabtu ini.

Jangan heret perlawanan ke penalti, Mora ingatkan JDT
Jurulatih berusia 41 tahun dari Mexico itu juga percaya anak buahnya tidak akan diberi laluan mudah oleh KDA FC.

Lesen peniaga, penjaja dan bayaran separuh sewaan premis dilanjutkan sehingga 31 Julai
Keputusan dibuat selepas mengambil kira senario semasa orang ramai yang terpaksa berbelanja bagi persiapan pembukaan sekolah selain menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

Malaysia Airports tawar perkhidmatan saringan keselamatan kesihatan swasta
Langkah itu diharapkan dapat memudahkan penumpang KLIA kerana pelancong dapat menjalani ujian dan menunggu keputusan ujian saringan dalam persekitaran yang selesa.

MSN sangkal dakwaan amal sikap pilih kasih
Kenyataan MAKAF bahawa keputusan MSN tidak selari dengan perancangan dan kehendak persekutuan itu agak menyimpang daripada situasi sebenar.
![[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen [INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893748/33543290901614877285609_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] UMNO putus hubungan dengan BERSATU selepas bubar Parlimen
![[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE) [INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893747/33543290891614877053307_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kronologi Runtuhan Jambatan Lebuh Raya Dalam Pembinaan (SUKE)

Airbus sasar lancar MEASAT-3d tahun depan
Airbus SE menyasar melancarkan MEASAT-3d, satelit telekomunikasi pelbagai misi baharu yang dibina bagi pengendali satelit Malaysia, MEASAT Global Bhd, tahun depan.

Ini fakta yang perlu anda tahu tentang AirAsia dalam skandal Airbus SE
Pengasas AirAsia dan AirAsia X Tony Fernandes dan Kamarudin Meranun nafi mereka terlibat dalam skandal Airbus SE.

Skandal Airbus SE: Caterham F1 tiada kaitan dengan dakwaan rasuah - Fernandes, Kamarudin
Caterham F1 tidak pernah bertujuan untuk membuat keuntungan, tetapi hanya untuk penjenamaan penaja - Fernandes, Kamarudin

Saham AirAsia, AirAsia X jatuh susulan dakwaan rasuah
Pada 10.01 pagi, saham AirAsia Group turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 20.95 juta bertukar tangan manakala AirAsia X jatuh satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen.