awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aishah juara GV 4

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2017
16:03 MYT
Aishah juara GV 4
Aishah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim keempat (GV 4). - Gambar Astro Gempak
Penyanyi Aishah dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim keempat (GV 4) yang diadakan secara langsung di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor malam ini.
Pelantun lagu Camar Yang Hilang itu berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.
Selain itu, Aishah itu turut membawa pulang sebidang lot tanah banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas dan baucer membeli belah.
Aishah yang menyanyikan lagu All By Myself pada persembahan solo berjaya memukau penonton di studio, para juri dan penonton di rumah.
Malah, persembahan memukau beliau turut menyentuh hati salah seorang juri tetap, Hetty Koes Endang hingga menitiskan air mata.
BACA: Air mata bonda buat Aishah di GV 4
Bagi persembahan battle pula, Aishah bergandingan bersama Liza Hanim juga tidak mengecewakan apabila mendapat pujian juri tetap, Datuk Ramli MS.
Tempat kedua pula, dimenangi oleh Liza Hanim yang menerima wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Lan Solo di tempat ketiga dengan membawa wang tunai RM30,000.
Sementara tempat keempat dimenangi oleh Hazami (RM20,000), tempat kelima dimenangi Firman (RM15,000) dan tempat akhir dimenangi Tia Jinbara (RM10,000).
Aishah adalah juara keempat selepas Ayai Ilusi, Siti Nordiana dan Azharina yang berjaya bergelar juara tiga musim terdahulu.
Diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, GV 4 bersiaran secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios selain disiarkan secara langsung Astro Ria (saluran 104) serta Astro Ria HD (saluran 123).
Topic Berkaitan
#Aishah
#Firman
#Gegar Vaganza
#GV 4
#Hazami
#Hetty Koes Endang
#Lan Solo
#Liza Hanim
#Ramli MS
#Tia Jinbara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan