awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
23/09/2024
10:31 MYT
Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata akademi itu akan diletak di bawah penyelarasan CyberSecurity Malaysia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir keselamatan siber yang mendesak. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Akademi Keselamatan Siber akan ditubuh bagi menampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja dalam bidang itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata akademi itu akan diletak di bawah penyelarasan CyberSecurity Malaysia bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir keselamatan siber yang mendesak dalam kalangan syarikat semikonduktor dan berasaskan elektronik.
"Penubuhan ini penting kerana banyak universiti menawarkan khusus sama dari segi akreditasi tetapi akademi ini adalah sebuah badan yang menyelaraskan bentuk-bentuk kursus yang diadakan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) di sini hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, berkata pembangunan bakat dalam bidang keselamatan siber di Malaysia perlu dipertingkat terutama dalam situasi negara berhadapan dengan ledakan teknologi digital sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi.
Justeru itu, beliau berkata penubuhan akademi berkenaan adalah untuk membangunkan kepakaran tenaga kerja tempatan dalam bidang keselamatan siber melalui program peningkatan kapasiti dan kompetensi yang berstruktur secara berterusan.
Beliau juga berkata MTVET bersetuju elemen TVET akan diterap dalam modul Program Latihan Khidmat Negara sebagai pendekatan menyebar luas potensi dan bidang kerjaya berteraskan TVET kepada para peserta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akademi Keselamatan Siber
#Zahid Hamidi
#kekosongan tenaga kerja
#CyberSecurity Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan