awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000

Bernama
Bernama
04/02/2025
08:45 MYT
Akauntan turut jadi mangsa skim pelaburan tidak wujud, rugi lebih RM60,000
Mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu petang semalam. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan seorang akauntan kerugian RM65,520 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud di aplikasi Telegram.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata wanita berusia 32 tahun berkenaan dimasukkan ke satu kumpulan Telegram yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan lumayan pada 2 Feb lepas.
Beliau berkata pada awalnya mangsa diminta membuat tugasan dan dijanjikan ganjaran daripada pekerjaan berkenaan.
"Sepanjang tugasan itu mangsa telah membuat beberapa transaksi berjumlah RM69,800 menggunakan wang simpanannya dan suami ke lima akaun bank berbeza.
"Selepas menerima bayaran, mangsa diminta membuat transaksi berjumlah RM87,480 sekiranya mahu mendapatkan keuntungan keseluruhan RM200,000," katanya ketika dihubungi.
Azli berkata mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu petang semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#akauntan
#mangsa penipuan
#pelaburan tidak wujud
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan