Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa agar memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Siti Zulaikha Zulkifli, Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.
Katanya jika perkara berkenaan tidak dibuat dalam tempoh 24 jam tindakan lebih tegas akan diambil.
BACA: Saya maafkan kritikan mereka, biarpun mereka tidak cuba memahami - Mujahid
Pada 6 Okt, akhbar tersebut menyiarkan laporan bertajuk 'No More Moral Policing' serta versi online 'No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives, says Mujahid'. ('Tiada lagi kepolisan moral' dan 'Tiada lagi serbuan khalwat waktu malam atau merejah kehidupan peribadi orang Islam, kata Mujahid')
Siti Zulaikha turut menegaskan bahawa tiada langsung dalam temu bual bersama media berkenaan Mujahid mengeluarkan kenyataan seperti tajuk yang ditulis akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.
BACA: Operasi khalwat: Kenyataan saya tak salah - Mujahid
BACA: Kenyataan saya disalah tafsir - Mujahid
Katanya selepas penelitian dibuat, beliau mendapati Mujahid langsung tidak menyebut perkataan seperti yang ditulis dalam berita berkenaan pada perenggan pertama iaitu: No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings.
(Tiada lagi ketukan di pintu pada waktu tengah malam dan tiada lagi perbuatan pecahkan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan mengenai khalwat atau dakwaan kesalahan-kesalahan lain)
BACA: Mujahid tidak ada kuasa ubah operasi khalwat - Asyraf Wajdi
BACA: Isu khalwat: Islam tak ajar kita pecah rumah orang - Tun M
BACA: Kalau tak boleh tegah maksiat, tak perlulah ada undang-undang - Mufti Perak
"Ekoran tajuk yang disensasikan serta perenggan pertama yang ditulis berdasarkan interpretasi wartawan media tersebut, berita ini menjadi viral sehingga menyebabkan salah faham terutamanya terhadap umat Islam di negara ini.
"Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada beliau (Mujahid)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 07 2018

Menurut setiausaha akhbar Mujahid (gambar), media tidak sepatutnya menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. - Gambar fail).

Sindiket penyeludupan migran tumpas, 15 warga Indonesia ditahan
Lima belas warga Indonesia disyaki aktif dalam sindiket penyeludupan rakan senegara ke Malaysia, berjaya ditahan dalam Op Pintas Som di sekitar Sungai Buloh.
Kepengerusian ASEAN, peluang terbaik buat Johor dan negara
Kepengerusian Malaysia untuk ASEAN 2025 merupakan peluang terbaik untuk Johor dan negara menonjolkan keunikan kesenian, kebudayaan dan warisannya kepada dunia.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kerajaan Israel memaklumkan pihaknya telah menyekat kemasukan semua bantuan kemanusiaan ke Gaza memandangkan gencatan senjata fasa pertama dengan Hamas telah berakhir.

Jenazah Pro-Canselor Unisel, Dr Anuar Masduki selamat dikebumi
Jenazah Pro-Canselor Unisel Datuk Dr Anuar Masduki yang meninggal dunia pagi tadi, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

PN buat laporan polis isu beras campur
Perikatan Nasional membuat laporan polis berkait isu aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT) seperti dalam kajian MARDI.

Beras tempatan 10kg RM26 mula dijual di Terengganu
Bekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) mula memasuki pasaran Terengganu.

Harimau kumbang masuk perangkap perhilitan di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol.

Wanita maut, empat cedera kereta bertembung di Kluang
Seorang wanita maut manakala manakala empat lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Kluang pagi tadi.

Perdagangan sempadan, transit Thailand cecah 145 bilion baht pada Januari
Laos menyumbang nilai perdagangan tertinggi sebanyak 25.228 bilion baht, diikuti Malaysia (24.256 bilion baht).

Tular video cemas lelaki berkerusi roda tumpang berpaut pada lori
Video seorang lelaki berkerusi roda yang menumpang berpaut pada sebuah lori membuatkan pengguna di sebuah lebuh raya menjadi cemas sekali gus menjadi tular di laman sosial.

Akhbar The Star digesa mohon maaf secara terbuka
Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata permohonan maaf itu perlu disiarkan dalam akhbar dan portal mereka.