awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akibat rokok, golongan B40 paling ramai dijangkit kanser, sakit jantung - Khairy

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/10/2022
06:52 MYT
Akibat rokok, golongan B40 paling ramai dijangkit kanser, sakit jantung - Khairy
Khairy Jamaluddin berkata, kumpulan B40 menjadi golongan sasaran syarikat-syarikat tembakau. - Gambar fail/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Golongan B40 merupakan kumpulan majoriti yang terjejas dengan penyakit seperti kanser, sakit jantung dan penyakit berkaitan paru-paru akibat komplikasi merokok.
Secara tidak langsung, kumpulan itu menjadi golongan sasaran syarikat-syarikat tembakau, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Sehubungan itu, Khairy dalam nada tegas berkata, adalah tidak masuk akal sekiranya mahu melindungi golongan ini daripada kumpulan pembunuh hanya kerana kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022.
"Saya nak bagi tahu, majoriti daripada rakyat yang mengalami komplikasi daripada merokok sama ada sakit jantung, kanser atau penyakit berkaitan paru-paru adalah B40.
"Kamu tahu kenapa? Sebab merekalah menjadi sasaran kumpulan syarikat-syarikat tembakau ini.
"Jadi tak masuk akal (mereka terjejas), sebenarnya kita nak melindungi mereka daripada kumpulan-kumpulan pembunuh ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak yang menyifatkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan menjejaskan golongan berpendapatan rendah.
Terdahulu beliau melancarkan portal KKMNOW, di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut mengenai tindakan pihak yang menghantar memorandum sebagai membantah RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Parlimen, di sini Khairy memberitahu, beliau difahamkan pihak terbabit ditaja oleh syarikat-syarikat tembakau.
"Ada berita yang mengatakan mereka ditaja. Kita kena betul-betul bebaskan diri daripada sebarang konflik kepentingan," ujarnya.
Pada 27 Julai lalu, Khairy membentangkan RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
RUU berkenaan bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) hanya akan membabitkan golongan individu lahir selepas 1 Januari 2007.
Ia antara lain melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau vape kepada individu yang dilahirkan pada tahun selepas 2017.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kesihatan
#golongan B40
#merokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan