awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan

Bernama
Bernama
12/03/2025
21:00 MYT
AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
MOF memaklumkan daripada jumlah peserta PPK, hampir 60,000 atau 12 peratus peminjam telah berjaya menyelesaikan pinjaman mereka dan menamatkan penyertaan dalam PPK. - Gambar fail/Wikipedia
KUALA LUMPUR: Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) sehingga Disember 2024.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, daripada jumlah peserta PPK, hampir 60,000 atau 12 peratus peminjam telah berjaya menyelesaikan pinjaman mereka dan menamatkan penyertaan dalam PPK.
Dalam pada itu, lebih 26,000 atau lima peratus peminjam telah menamatkan penyertaan dalam program ini memandangkan mereka telah berkemampuan untuk menyelesaikan hutang mereka tanpa bantuan AKPK dan hampir 253,000 peminjam atau 51 peratus masih aktif mengikuti program berkenaan.
"Kerajaan sentiasa komited dalam memperkasakan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia termasuk golongan berpendapatan rendah, memandangkan ia merupakan kemahiran hidup yang penting bagi membina ketahanan kewangan untuk menjamin kesejahteraan kewangan pada masa hadapan.
"Usaha ini diterajui Jaringan Pendidikan Kewangan atau lebih dikenali sebagai Financial Education Network (FEN) untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan pengurusan kewangan berhemat dan mengelakkan terjebak ke dalam perangkap hutang," kata MOF menerusi jawapan bertulis di laman portal Dewan Negara pada Rabu.
Kementerian Kewangan berkata, demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad yang ingin mengetahui mengenai perancangan kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah dalam isu hutang.
Mengulas lanjut, MOF berkata sebanyak 332 program literasi kewangan telah dianjurkan oleh ahli dan rakan usaha sama FEN dengan penglibatan sebanyak 37 juta penyertaan fizikal dan atas talian, berjumlah 289 program (87 peratus) melibatkan golongan berpendapatan rendah pada tahun lepas.
"Selain itu, sebanyak lapan sesi program pendidikan kewangan untuk usahawan mikro turut dilaksanakan sepanjang Bulan Literasi Kewangan, melibatkan 357 usahawan mikro dengan peningkatan pengetahuan sebanyak 14 peratus.
"Program ini merupakan salah satu usaha untuk memperkukuhkan pendidikan kewangan untuk golongan berpendapatan rendah, dalam usaha menggalakkan perbelanjaan bertanggungjawab dan keutamaan menyimpan," kata MOF.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPK
#Dewan Negara
#Kementerian Kewangan
#pengurusan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan