awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS halang kemasukan 279 warga asing di KLIA, catat rekod harian tetinggi

Bernama
Bernama
03/06/2025
03:50 MYT
AKPS halang kemasukan 279 warga asing di KLIA, catat rekod harian tetinggi
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan 279 warga asing dari Bangladesh, Pakistan dan India memasuki negara ini tanpa memenuhi syarat kemasukan melalui KLIA, pada Isnin.
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menggagalkan cubaan 279 warga asing dari Bangladesh, Pakistan dan India memasuki negara ini tanpa memenuhi syarat kemasukan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.
AKPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jumlah berkenaan merupakan rekod harian tertinggi bagi kes tidak dibenarkan mendarat (NTL) sejak penubuhan Pasukan Pemantau KLIA pada 2023.
"Trend kemasukan warganegara asing secara tidak sah semakin meningkat, khususnya ketika waktu kemuncak ketibaan dan musim cuti umum di Malaysia," menurut kenyataan itu.
AKPS memaklumkan keadaan kesesakan dan aliran pelawat yang tinggi di KLIA sering dimanipulasi segelintir individu untuk menyusup masuk ke negara ini dengan menyalahgunakan kemudahan kemasukan yang tersedia.
"Langkah pengusiran merupakan sebahagian daripada usaha berterusan AKPS dalam memperketat kawalan keselamatan sempadan, sekali gus memastikan hanya individu yang benar-benar layak dan memenuhi semua syarat dibenarkan memasuki negara ini.
AKPS-REKOD 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
"Semua individu terbabit telah diarahkan pulang ke negara asal masing-masing serta-merta selepas proses dokumentasi dan semakan lanjut dijalankan oleh pegawai AKPS," menurut kenyataan itu.
AKPS memaklumkan kejayaan berkenaan sekali lagi membuktikan komitmen pihaknya dalam melaksanakan pemantauan yang tegas dan konsisten demi menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.
"Sejak ditubuhkan, Pasukan Pemantau AKPS KLIA telah memberi impak positif dalam meningkatkan keberkesanan saringan awal serta pengesanan pelawat berisiko," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#warga asing
#KLIA
#Pasukan Pemantau KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan