awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPS patah cubaan seludup keluar lebih 2,500 kura-kura di KLIA T1

Bernama
Bernama
07/08/2025
03:30 MYT
AKPS patah cubaan seludup keluar lebih 2,500 kura-kura di KLIA T1
Menurut AKPS, kesemua hidupan liar tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang lelaki warganegara India ditahan kerana cuba menyeludup keluar lebih 2,500 kura-kura bernilai kira-kira RM348,000 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA T1) pada Selasa lepas.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, suspek yang dijadualkan menaiki penerbangan ke Bengaluru, India, ditahan pada 10.05 malam di pintu pelepasan selepas imbasan ke atas beg yang dibawanya menunjukkan imej mencurigakan.
"Pemeriksaan lanjut menemui ribuan kura-kura spesies Red-eared Slider yang disembunyikan di dalam bagasi tersebut," menurut kenyataan itu.
Menurut AKPS, kesemua hidupan liar tersebut telah disita untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPS
#seludup kura-kura
#Red-eared Slider
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan