KUALA LUMPUR: Motif batik semakin mendapat tempat di hati anak muda bukan sahaja melalui pakaian, namun kini turut diketengahkan dalam aksesori wanita menerusi pelbagai teknik seni kraf.
Kreatif mencipta aksesori seperti subang, gelang dan sepit rambut yang tampak unik serta sesuai dengan cita rasa anak muda, Dayang Nur Syafiqah M.Roslan, 27, berpandangan batik tidak patut terbatas sebagai pakaian formal atau kain sarung di rumah.
"Pada saya batik juga patut dipakai secara kasual termasuk ketika melakukan aktiviti santai pada hujung minggu, misalnya ketika pergi membeli-belah.
"Jadi apa yang cuba saya usaha dan tampilkan adalah memodenkan warisan tradisional ini kepada kontemporari namun masih sesuai dengan budaya hidup masyarakat kita," katanya kepada Bernama.
Pemegang Diploma Rekabentuk Fesyen dan Tekstil dari Malaysia Institute of Arts itu berkata beliau mendapat ilham untuk menghasilkan aksesori buatan tangan sepenuhnya itu apabila menyedari ia lebih mendapat sambutan berbanding pakaian terpakai atau 'bundle' yang dijualnya ketika jualan but kereta pada 2019.
"Pada waktu itu saya hanya mencuba menjual aksesori ini sebagai jualan sampingan, tapi tak sangka ia pula yang lebih laris dan habis dijual terlebih dahulu," katanya yang kini menjalankan perniagaan secara dalam talian menggunakan label Oh Dayang.
Lebih membanggakan, hasil kreativitinya bukan sahaja menawan generasi muda berusia lingkungan 18 ke 35 tahun, malah pernah mendapat tempahan pelanggan dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Singapura.
Dayang Nur Syafiqah berkata beliau mengambil masa antara 10 minit ke dua hari untuk menyiapkan setiap aksesori antaranya melibatkan proses seperti pengukiran (carving), pemotongan, penampalan dan pengeringan gam.
Katanya aksesori yang dijual pada harga bermula RM30 hingga RM65 itu dihasilkan bergantung kepada kelapangan masa dan beliau sering menyertai jualan bazar bagi memperkenalkan jenama tersebut kepada orang ramai.
Bercerita lanjut, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata pemilihan kain batik bergantung kepada jenis corak selain warna terang yang sering menjadi pilihan, bukan sahaja untuk produk siap malah tempahan khas.
"Saya tidak membataskan jenis batik digunakan kerana semuanya mempunyai keistimewaan sendiri tetapi selalunya saya menggunakan batik Malaysia terutama batik Terengganu," katanya yang secara purata mampu menghasilkan sehingga 50 aksesori sebulan.
Dayang Nur Syafiqah yang bekerja sepenuh masa di sebuah syarikat e-dagang berkata selain menjana pendapatan tambahan, hobi berkenaan membolehkan beliau memanfaatkan ilmu selain mengekspresikan karya seni yang menjadi minatnya sejak kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Pengasas aksesori wanita berasaskan batik, Dayang Nur Syafiqah M.Roslan, 27, bergambar dengan produk buatan tangan yang dihasilkannya. - Foto BERNAMA

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Aksesori batik buatan tangan pikat generasi muda
Motif batik semakin mendapat tempat di hati anak muda bukan sahaja melalui pakaian, namun kini turut diketengahkan dalam aksesori wanita menerusi pelbagai teknik seni kraf.

Kelewatan penerbangan: Mavcom keluar surat tunjuk sebab kepada Batik Air
Mavcom tidak berpuas hati dengan penjelasan Batik Air berhubung komunikasi gangguan penerbangan pada 22 Dis tahun lepas kepada pelanggan.

Kelewatan Batik Air berpunca daripada cuaca buruk - Anthony Loke
Bagaimanapun, Loke berharap dari segi pengendalian penumpang dan komunikasi di lapangan terbang, ia boleh ditambah baik pada masa akan datang.

Penerbangan tergendala akibat cuaca buruk, Batik Air mohon maaf kepada pelanggan
Batik Air akan menghubungi kesemua penumpang terlibat, untuk menyampaikan baucar kepada mereka.

Kapten Batik ketengah fantasi lautan untuk koleksi musim bunga 2022
Batik bukan sekadar seni kraf tangan dengan nilai estetika tinggi, malah motif ditampilkan diibaratkan identiti dan budaya rakyat Malaysia.

MB Selangor cadang pemakaian Batik Selangor semasa Sidang DUN
Kerajaan Selangor bercadang untuk membenarkan pemakaian Batik Selangor bermotifkan bunga tanjung dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Batik ikat celup bakal jadi sumber pendapatan baharu di Santubong
Suriayani Wahap, 55, tidak mahu menjadikan usianya sebagai penghalang untuk beliau mula menceburkan diri dalam menghasilkan kraf tangan batik ikat celup.

Indonesia rai pemimpin G20 dalam majlis gilang-gemilang
Kehadiran mereka disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi serta isteri, Iriana dengan mengenakan pakaian tradisi adat Bali.

Batik Air sambung semula penerbangan KL-Bali-Sydney mulai 12 Disember 2022
Penerbangan OD171 akan berlepas dari KLIA setiap hari pada pukul 5 petang dan tiba di Bali pada 8.10 malam.

Batik Air tambah 18 penerbangan harian sempena PRU15
Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air meningkatkan penerbangan tambahan bagi destinasi domestik sempena PRU15.