awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi 'drift' di Hatyai, pemandu Malaysia kena bayar ganti rugi RM12,438

Bernama
Bernama
30/10/2022
23:10 MYT
Aksi 'drift' di Hatyai, pemandu Malaysia kena bayar ganti rugi RM12,438
Lelaki itu turut memohon maaf kerana tidak menyedari aksi driftnya telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain. - Gambar hiasan/ Along FRT
SONGKHLA: Gara-gara melakukan aksi 'drift' di tempat letak kereta, seorang warga Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir 100,000 baht (RM12,438) kepada empat pemilik kenderaan di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang (waktu tempatan) pada 28 Okt, pemandu berusia 32 tahun yang membawa kereta jenis BMW itu telah membuat aksi drift di tempat letak di sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai.
Susulan aksi drift itu, sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk yang berada tempat letak kereta mengalami kerosakan termasuk cermin pecah dan calar pada kereta dan tuk-tuk.
Tanpa menyedari kerosakan pada kenderaan lain, pemandu itu beredar dari tempat kejadian.
Ketua Polis Pelancong Hatyai Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai berkata pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan itu membuat laporan polis pada Jumaat.
"Polis berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand kira-kira 6 petang semalam (Sabtu)
"Pemandu itu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan pemilik kenderaan yang terjejas," katanya pada satu sidang media hari ini.
Anuwat berkata kedua-dua pihak bersetuju pemandu berkenaan membayar ganti rugi sebanyak 99,000 baht kepada empat pemilik kenderaan terbabit.
Lelaki itu turut memohon maaf kerana tidak menyedari aksi driftnya telah menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hatyai
#aksi drift
#rakyat Malaysia
#ganti rugi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan