KUANTAN: Persembahan Sri Pahang FC masih hambar walaupun berjaya mencatat kemenangan 1-0, sekali gus mengutip tiga mata penuh semasa bertemu Kelantan United FC di halaman sendiri pada saingan Liga Super semalam.
Ketua Jurulatihnya Fandi Ahmad berkata antara punca 'aksi kurang menjadi' anak buahnya ialah keletihan sehingga menyebabkan mereka kurang motivasi, selain bersifat terlalu yakin apabila berhadapan pasukan di tangga tercorot.
"Secara keseluruhan saya tidak berpuas hati dengan persembahan malam ini (malam tadi)...apa yang saya puas hati cuma kita berjaya mengutip tiga mata penuh. Itu sahaja.
"Pemain dilihat terlalu mengikut rentak permainan pasukan lawan tetapi nasib baik (ada) perubahan lebih positif pada babak kedua iaitu kita tidak putus asa mencari gol dan akhirnya dapat kemenangan," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Darul Makmur.
Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan mempamerkan corak perlawanan yang hambar dengan hanya beberapa percubaan dapat dilakukan sebelum pemain pertahanan import Tok Gajah, Stefano Brundo memecahkan kebuntuan gol pada minit ke-93, seminit sebelum masa tambahan berakhir.
Selain itu, Fandi berkata kepincangan juga dikenal pasti di bahagian tengah Sri Pahang sehingga mengakibatkan mereka banyak kehilangan bola sekali gus mensia-siakan peluang untuk melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan.
Sementara itu pengendali Kelantan United Nazrulerwan Makmor pula menyifatkan kesilapan pemain yang kurang fokus pada minit-minit akhir perlawanan mengakibatkan pasukannya dihukum dengan kekalahan.
"Kami bertahan dan menyerang dengan baik sepanjang 90 minit, tetapi disebabkan kurang konsentrasi pada waktu tambahan kita dihukum oleh Sri Pahang yang lebih berpengalaman," katanya.
Walaupun menyifatkan anak buahnya sudah mempamerkan perkembangan positif pada setiap perlawanan, Nazrulezwan akur bahawa pengukur sebenar kejayaan tetap berbalik kepada kemenangan dan kutipan mata yang diperoleh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Fandi (gambar) berkata kepincangan juga dikenal pasti di bahagian tengah Sri Pahang sehingga mengakibatkan mereka banyak kehilangan bola. - Foto Astro ARENA
Pengasuh mengaku dedah anak asuhan kepada kemungkinan sebabkan kecederaan
Seorang pengasuh taska mengaku bersalah atas pertuduhan mendedahkan seorang bayi perempuan berusia 17 bulan yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
AWANI Borneo [06/06/2024] – Atasi masalah elektrik | Mengenang tragedi Double Six | Penghormatan terakhir
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar
#AWANIBorneo 6 Jun 2024
- Sabah mahu teroka sumber tenaga boleh dibaharui baharu
- Jeffery Kitingan mahu kisah tragedi Double Six dimasukkan dalam buku sejarah sekolah
-Jasad wira negara Etin Jam disemadi Jumaat
#AWANInews
#AWANIBorneo 6 Jun 2024
- Sabah mahu teroka sumber tenaga boleh dibaharui baharu
- Jeffery Kitingan mahu kisah tragedi Double Six dimasukkan dalam buku sejarah sekolah
-Jasad wira negara Etin Jam disemadi Jumaat
#AWANInews
Kes seludup RON95 meningkat, penyeludup mula ubah strategi - Armizan
Kes penyeludupan bahan api RON95 dilaporkan meningkat selepas kerajaan mengumumkan penyasaran subsidi diesel.
Pentauliahan Watikah pelantikan Hakim-Hakim Syarie JKSS
Pentauliahan watikah disampaikan kepada Ketua Hakim Syarie selaku Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah, Datu Awang Suhaili Ledi dan lima panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan 10 Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
Sarawak akan beri penghargaan sewajarnya kepada mendiang Etim
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan akan memberi ganjaran dalam pelbagai bentuk bagi menghargai jasa dan pengorbanan mendiang Koperal (B) Etin Jam.
Jasad Wira Negara Koperal (B) Etin Jam disemadi Jumaat
Jasad Koperal (B) Etin Jam akan disemadi pada Jumaat, genap 52 tahun selepas menerima Bintang Kehormat Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.
Masukkan dalam buku sejarah untuk tatapan pelajar - Jeffrey
Tidak mahu sejarah itu terpadam oleh arus masa, Datuk Seri Jeffrey Kitingan menyokong agar subjek mengenai tragedi tpesawat Double Six dimasukkan ke dalam buku sejarah bagi tatapan pelajar sekolah
Kerajaan sudah punya tarikh, bakal umum kelak
Kerajaan sudah menetapkan suatu tarikh bagi pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dan ia bakal diumumkan kelak bagi mengelakkan sebarang ketirisan berlaku.
MTS lulus inisiatif tingkat jidar simpanan kuasa elektrik
Majlis Tenaga Sabah (MTS) telah meluluskan pelbagai inisiatif termasuk meneroka sumber tenaga boleh diperbaharui baharu yang akan membantu mencapai dan mengekalkan jidar simpanan penjanaan sebanyak 30 peratus serta mengatasi masalah kekurangan kuasa elektrik di negeri ini.
Sarawak tubuh loji pengumpulan electrolyser
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun openg, penubuhan loji elektrolisis itu di sifatkan sebagai ‘game changer dan dijayakan dengan kerjasama anak syarikat Petronas, Lestari (H2GaaS)