awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia dilantik Presiden UNHRC 2026
Rusia lancar peluru berpandu hipersonik 'Oreshnik' ke atas Ukraine
Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta 852: KKM laksana 25,643 aktiviti penguatkuasaan hingga 30 November 2025

Bernama
Bernama
08/01/2026
13:45 MYT
Akta 852: KKM laksana 25,643 aktiviti penguatkuasaan hingga 30 November 2025
KKM memaklumkan, 160,839 kompaun bagi kesalahan boleh dikompaun telah dikeluarkan merangkumi 67 kompaun atas kesalahan OBD membeli produk merokok. - Gambar hiasan/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 25,643 aktiviti penguatkuasaan melibatkan pemeriksaan ke atas 496,247 premis di seluruh negara hingga 30 Nov lepas, susulan berkuat kuasa Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Ringkasan AI
  • KKM melaksanakan lebih dari 25,000 aktiviti penguatkuasaan dan keluarkan lebih daripada 160,000 kompaun di bawah Akta Kawalan Produk Merokok demi kesihatan awam, termasuk kesalahan oleh orang belum dewasa serta pemilik bangunan.
  • Akta 852 dikuatkuasakan mulai 1 Oktober 2024 dengan tujuan melindungi generasi muda daripada bahaya produk merokok termasuk rokok elektronik; operasi Selamat Paru-Paru dilancarkan bagi memperkukuhkan penguatkuasaan.
  • KKM mengumumkan penyelesaian 58 kes pendakwaan berkaitan dengan Akta 852, termasuk kes pelawak Shuib Sepahtu yang didenda RM10,000 atas kesalahan mempromosi vape.

KKM memaklumkan daripada jumlah penguatkuasaan itu, 160,839 kompaun bagi kesalahan boleh dikompaun telah dikeluarkan merangkumi 67 kompaun atas kesalahan orang belum dewasa (OBD) membeli produk merokok, merokok di kawasan larangan (137,568), OBD merokok (4,886) serta melibatkan kesalahan tuan punya bangunan atau penghuni (18,318).
"Sebanyak 2,352 kertas siasatan dibuka bagi kesalahan tidak boleh dikompaun," menurut kenyataan itu.
Akta 852 dikuatkuasakan pada 1 Okt 2024, manakala pelaksanaan penuh bermula 1 Okt 2025, dengan pelancaran Operasi Selamat Paru-Paru (Ops Selamat PaPa) bagi memperkukuh aktiviti penguatkuasaan di bawah akta berkenaan.
Menurut KKM, operasi tersebut memberi tumpuan utama kepada aktiviti pengilangan, pengedaran dan penjualan semua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik (vape), sebagai langkah melindungi generasi muda daripada bahaya produk tersebut yang semakin berleluasa.
Bagi tindakan pendakwaan, KKM memaklumkan 58 kes telah selesai dibicarakan di mahkamah dengan jumlah denda RM394,700 dikenakan.
Berkongsi perkembangan berkaitan, KKM memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada semalam, telah mensabitkan kesalahan terhadap seorang pelawak Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu, atas kesalahan mempromosi vape menerusi program Dol's Podcast, dua tahun lepas.
Menurut KKM, tindakan Shuib telah melanggar Seksyen 9(1) Akta 852 dan beliau telah didenda RM10,000.
KKM menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan merupakan pilihan terakhir, sambil menggesa semua pihak agar bekerjasama mematuhi Akta 852 demi mencegah penyakit dan mencapai tahap kesihatan awam yang optimum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Mahkamah Majistret
#vape
#pilihan terakhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan