awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: Jalan sekitar pusat penamaan calon mula ditutup
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
Ejen ICE dalam kes tembakan Minnesota pernah diseret kereta pada Jun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia dilantik Presiden UNHRC 2026

Bernama
Bernama
09/01/2026
10:11 MYT
Indonesia dilantik Presiden UNHRC 2026
Jawatan Presiden UNHRC akan disandang oleh Timbalan Wakil Tetap Indonesia ke PBB di Geneva, Sidharto Reza Suryodipuro. - Foto: Kementerian Luar Negeri Republik Indonesia
JAKARTA: Indonesia akan memegang jawatan Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) pada 2026, menandakan kali pertama negara itu menyandang jawatan berkenaan ketika majlis tersebut memperingati ulang tahun ke-20 penubuhannya.
Sebagai presiden, Indonesia akan mempengerusikan semua sesi dan proses majlis sepanjang tahun secara objektif, inklusif dan seimbang, selaras dengan program kerja tahunan majlis serta isu-isu hak asasi manusia yang menjadi kepentingan bersama.
Dalam kenyataan, Kementerian Luar Indonesia berkata, pelantikan itu disahkan secara rasmi pada mesyuarat UNHRC pada Khamis, yang diadakan serentak dengan mesyuarat organisasi pertama majlis itu bagi tahun 2026 di Geneva, Switzerland.
Menurut kementerian itu, jawatan Presiden UNHRC akan disandang oleh Timbalan Wakil Tetap Indonesia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Sidharto Reza Suryodipuro.
"Indonesia komited melaksanakan tanggungjawab sebagai presiden UNHRC secara saksama, objektif dan telus.
"Kepimpinan Indonesia akan memberi keutamaan kepada pembinaan keyakinan, mengukuhkan dialog rentas wilayah dan menggalakkan penglibatan konstruktif semua pihak berkepentingan," menurut kenyataan itu.
Majlis itu ditubuhkan pada 2006, dengan jawatan presiden digilirkan mengikut kelompok wilayah.
Setakat ini, Indonesia telah berkhidmat selama enam penggal sebagai anggota UNHRC dan dua kali diberi kepercayaan memegang jawatan naib presiden majlis berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#presiden UNHRC
#Majlis Hak Asasi Manusia
#Sidharto Reza Suryodipuro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan