awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta baharu jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak badan bebas - Azalina

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2023
11:36 MYT
Akta baharu jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak badan bebas - Azalina
Menteri Undang- Undang Dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said mengadakan sidang media berhubung pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak, Dr Farah Nini Dusuki di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mewujudkan undang-undang khas bagi membolehkan Suruhanjaya Kanak-Kanak berfungsi sebagai sebuah badan bebas selain bertindak selaku watchdog kepada isu kanak-kanak di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, rang undang-undang itu dijangka dibentangkan pada sidang Palimen akan datang.
"Badan bebas ini akan menjadi watchdog kepada isu-isu kanak-kanak dalam semua aspek bukan sahaja pada undang-undang jenayah tetapi semua aspek termasuk aspek sekolah, tadika, kawasan perumahan dan apa-apa isu yang melibatkan kanak-kanak.
"Suruhanjaya Kanak-Kanak harus bebas agar ia dapat memantau secara berkesan dan agresif bukan sahaja undang-undang jenayah yang membabitkan golongan itu tetapi juga segala aspek berkaitan kesejahteraan mereka seperti pendidikan serta kesihatan.
"Ia juga akan memberi kebenaran dan kebebasan kepada Pesuruhjaya Kanak-kanak memantau, memberikan pendapat, menilai dan membantu kerajaan membawa lebih banyak kebaikan kepada golongan itu," katanya pada sidang media di pejabatnya di Parlimen di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, bertujuan memasukkan peruntukan kesalahan menghendap dibentangkan Azalina untuk bacaan kali pertama pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 itu bertujuan memasukkan seksyen baharu 507A ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan menghendap.
Seksyen itu menyebut sesiapa yang berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap.
Menurut rang undang-undang itu, sesiapa yang melakukan kesalahan menghendap boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#Kanak-kanak
#Suruhanjaya Kanak-Kanak
#Badan Bebas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan