PETALING JAYA: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti sama ada perlu meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selaras dengan penubuhan pasukan khas di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dalam usaha membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak.
Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan bersama Kabinet yang melihat bahawa beberapa undang-undang berkaitan perlu diteliti semula dalam usaha melindungi golongan kanak-kanak serta wanita daripada aktiviti pornografi dan keganasan seksual.
"Kita akan membuat pengumuman mengenainya sebaik sahaja kita memulakan siri libat urus di pelbagai kementerian.
"Sebagai contoh, Akta Komunikasi dan Multimedia sama ada terdapat bahagian undang-undang yang perlu dipinda bagi menyelamat dan melindungi wanita serta kanak-kanak tetapi tidak akan mengekang apa sahaja komitmen kerajaan terhadap syarikat teknologi maklumat sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemantapan Penerangan PKR Selangor di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan sebuah pasukan khas di bawah D11 Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditubuhkan khusus untuk mengekang aktiviti pornografi kanak-kanak dan pasukan itu akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku terlibat.
Mengenai sesi libat urus KKD bersama Digital Nasional Berhad (DNB) dan semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi membincangkan berkenaan capaian 5G di negara ini semalam, Fahmi berkata keputusan sama ada kekal menggunakan model rangkaian borong tunggal (SWN) dalam pelaksanaan rangkaian itu akan dicapai sebelum hujung Mac ini.
"Lebih penting adalah kita ingin melihat capaian rangkaian 5G ini meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara menjelang hujung 2023 dan harganya perlu berpatutan untuk rakyat," katanya dan menambah hubungan DNB bersama syarikat telekomunikasi dalam pelaksanaan rangkaian 5G juga akan dicapai dalam masa terdekat.
Beliau berkata sesi libat urus yang diadakan lebih sejam itu antaranya turut membincangkan supaya DNB diurus dengan lebih telus dan terbuka.
Januari lepas, Fahmi dilapor berkata KKD dijangka mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G oleh DNB dengan beberapa penambahbaikan menjelang atau sebelum hujung Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Fahmi menyampaikan ucapan pada perasmian Konvensyen Pemantapan Penerangan PKR Selangor di Petaling Jaya hari ini. --fotoBERNAMA
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Usaha perkemas Akta Komunikasi dan Multimedia, kekurangan RMM tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta Menteri Komunikasi menyatakan pelan untuk mengkaji dan memperkemas Seksyen 233.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteliti semula - Fahmi
Kerajaan secara dasar bersetuju untuk meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, untuk ditambah baik dan diperkemaskan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
KKD jangka bentang pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen awal tahun depan
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka membentangkan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia di Parlimen, awal tahun hadapan.
MCMC berpegang teguh kepada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
MCMC menekankan bahawa suruhajaya itu memainkan peranan yang amat penting sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.
Kebebasan media: Beberapa akta perlu dilihat semula - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dilihat semula.
Isu CTPPP, bantuan bencana antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Datuk Anyi Ngau minta Perdana Menteri menyatakan jenis dan nilai bantuan yang disalurkan kepada mangsa bencana alam ketika ini.
Akta Komunikasi dan Multimedia diteliti selaras penubuhan pasukan banteras pornografi kanak-kanak
Ia dibincangkan bersama Kabinet yang setuju beberapa undang-undang perlu diteliti semula dalam usaha melindungi kanak-kanak dan wanita.
Kandungan media sosial: Teliti tambah baik akta - Annuar
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang membuat penelitian bagi menambah baik akta sedia ada, supaya tindakan dapat diambil kepada kandungan yang menyalahgunakan media sosial.
Padah ugut rempuh SJR, wanita hina polis ditahan
Suspek yang menggunakan nama Diana Mat itu menujukan kata-kata tersebut kepada petugas SJR di Putrajaya.
Pendidikan dan penguatkuasaan penting untuk hapus cetak rompak - Hatta Azad Khan
Menurut Dr Hatta dengan mendidik masyarakat awam akan lebih memahami kesan dari membeli barangan cetak rompak.