Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkenalkan undang-undang baharu mengenai penggunaan rokok elektronik, vape dan shisha bagi menangani segala permasalahan yang timbul, seperti penularannya di kalangan pelajar sekolah.
Undang-undang itu yang dinamakan Akta Tembakau kini dalam penelitian penasihat undang-undang Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementerian prihatin mengenai kebimbangan masyarakat, khususnya ibu bapa mengenai penularan penggunaan rokok elektronik di kalangan pelajar sekolah.
“Sebenarnya kita sedang merangka dan bakal kita bentangkan dalam waktu terdekat apa yang kita istilahkan sebagai Akta Tembakau, yang akan dapat mengambil dan menggarap keseluruhan permasalahan itu, yang sekarang, hari ini, ia (undang-undang) agak terhad.
“Kita nak buat suatu (undang-undang) yang bersifat menyeluruh. Akta Tembakau namanya, yang pada saat ini dalam pemerhatian Penasihat Undang-Undang KKM, dan bakal kita bentangkan dan majukan kepada Pejabat Peguam Negara dalam waktu yang terdekat,” katanya.
BACA: Vape, shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan merokok
BACA: Rang undang-undang baharu kawal penggunaan vape dijangka dibentang hujung tahun ini
Beliau ditemui selepas merasmikan konvensyen Communication For Behavioral Impact (COMBI) sempena Hari Denggi ASEAN dan Anugerah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Bebas Denggi peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Sebelum ini, Naib Pengerusi Kanan, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan suatu rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan kawalan pengunaan rokok elektronik atau vape dan shisha dapat dibentang di parlimen secepat mungkin bagi menangani masalah itu.
BACA: KPDNHEP Johor rampas gula-gula 'Ghost Smoke' dari syarikat pemborong
BACA: Tindakan tegas jika gula-gula 'ghost smoke' ada nikotin
Katanya, ia juga harus mengambil kira bahan-bahan yang mempunyai pengaruh yang sama termasuk ‘ghost smoke’ atau pelbagai jenis peralatan atau gula-gula yang mungkin bakal diperkenalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Dalam hubungan itu, Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan telah pun membuat ujian terhadap sampel 'ghost smoke' yang diambil dan dijangka mengumumkan hasilnya minggu hadapan.
BACA: Anak kecil pandai buat 'O'
BACA: Rokok elektronik bawah Akta Kawalan Tembakau, berita baik buat pengusaha?
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jul 28 2019

Dr Dzulkelfy bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvensyen COMBI sempena Hari Denggi ASEAN dan Anugerah IPT Bebas Denggi peringkat kebangsaan di Seri Iskandar hari ini.

Pengunjung panik premis Ikea diarah tutup serta-merta akibat COVID-19
Pengunjung yang tidak sempat keluar terpaksa menjalani kuarantin di kem tahanan.

Malaysia aktif bekerjasama dengan sembilan negara untuk pembangunan sektor halal
Datuk Lim Ban Hong berkata negara tersebut adalah Vietnam, Kemboga, Indonesia, Thailand, Arab Saudi, Rusia, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

Media salahkan Kerajaan AS kurang tindakan bendung peningkatan ketara cacar monyet
Menurut data terkini, sebanyak 11,177 kes cacar monyet telah dilaporkan di seluruh negara setakat Jumaat.

FIFA gantung Persekutuan Bola Sepak India angkara 'pengaruh tidak wajar pihak ketiga'
Berikutan tindakan itu, penganjuran Piala Dunia Wanita B-17 2022 yang dijadualkan di India pada Oktober mungkin dibatalkan.

Majikan Amerika Syarikat terdesak cari pekerja
Lebih 10 juta peluang pekerjaan tidak diisi manakala bilangan pencari kerja pula kurang daripada 6 juta.

136,923 keluarga di Malaysia kategori miskin tegar setakat 31 Julai
Setakat 31 Julai lalu, bilangan miskin tegar di Malaysia adalah 136,923 keluarga manakala miskin (308,699), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Politik | PBM sedia berunding jadi komponen BN
Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedia untuk berunding dengan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) berhubung permohonan untuk parti itu menjadi sebahagian daripada komponen gabungan. Setiausaha Agungnya, Nor Hizwan Ahmad berkata pihaknya memahami selaku gabungan parti paling lama di Malaysia, BN perlu menimbang pelbagai perkara sebelum membuat keputusan.

Penjawat Awam | PM minta pertahan kerajaan daripada dakwaan fitnah
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru penjawat awam untuk mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan serta fitnah yang kononnya pentadbirannya gagal. Menurutnya, kakitangan awam perlu turut membantunya ke arah kejayaan negara dengan melihat beliau sebagai ketua kerajaan dan bukannya mempertahankan parti politik.

Dewan Negara bahas usul isu LCS petang ini
Dewan Negara akan membahaskan usul berkaitan isu Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) pada persidangan petang ini. Speaker Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ia bersifat tertentu, berkepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan.

AWANI Ringkas: LCS: Bekas Panglima TLDM didakwa pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Akta Tembakau kawal rokok eletronik, vape, shisha
Undang-undang itu kini dalam penelitian penasihat undang-undang Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.