awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis sosial beri keterangan berhubung hantaran di FB

Bernama
Bernama
07/07/2020
14:07 MYT
Aktivis sosial beri keterangan berhubung hantaran di FB
Heidy Quah memberikan kenyataan berhubung hantaran di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen. - Gambar Instagram
Pengarah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Refuge for the Refugees Heidy Quah hari ini memberikan kenyataan kepada pihak polis berhubung hantaran di Facebooknya berkaitan dakwaan penganiayaan terhadap pelarian di pusat tahanan Imigresen.
Quah, 26, yang diiringi peguamnya, New Sin Yew, memberikan kenyataan kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat polis itu, Quah berkata beliau telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada polis, dan akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan.
Menurut New, Quah disiasat susulan satu laporan polis yang dibuat Jabatan Imigresen terhadap hantaran di Facebooknya.
Beliau berkata Quah disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#jabatan imigresen
#NGO
#pelarian
#polis
#Refuge for the Refugees
#Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
#Seksyen 500 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan