awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti kilang berlesen mungkin sebabkan pencemaran sungai - ADUN

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
20/10/2020
11:48 MYT
Aktiviti kilang berlesen mungkin sebabkan pencemaran sungai - ADUN
Rodziah mengakui aktiviti-aktiviti kilang tersebut sukar untuk dikawal.
SHAH ALAM:Kesukaran pihak berkuasa mengawal aktiviti pengusaha kilang mungkin menyebabkan mereka melanggar peraturan sehingga menyebabkan pencemaran bau di Sungai Selangor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail, menjelaskan semua kilang di kawasan terbabit berada dalam lingkungan jarak yang diluluskan oleh pihak berkuasa.
“Bukan semua isu kilang haram, yang saya katakan kebanyakan kilang di tepi sungai itu kita sudah pastikan pembinaannya tidak berada dalam lingkungan yang tidak dibenarkan.
“Tetapi kadang-kadang aktiviti mereka terlepas pandang ataupun mereka mengelak daripada penguatkuasaan yang akhirnya menyebabkan pencemaran sungai,” katanya dalam sidang media di Pangsapuri Rimba Jaya di Seksyen 16, di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kewujudan kilang haram di sepanjang Sungai Selangor.
Mengulas lanjut, Rodziah berkata pihaknya bercadang membentangkan pindaan enakmen penguatkuasaan bagi mengawal aktiviti kilang-kilang berlesan dalam usaha mengelakkan pencemaran pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.
”Sebab itu kita merasakan perlunya satu enakmen yang lebih keras sebab enakmen ini di bawah LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) dan kerajaan Selangor.
“Jadi, kita boleh bentangkan dalam Sidang Dewan akan datang,” katanya.
Semalam, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dihentikan tugas akibat pencemaran sumber air mentah.
Akibatnya, sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#pencemaran sungai
#Selangor
#Lembah Klang
#Air Selangor
#kilang berlesen
#punca pencemaran
#ADUN
#Batu Tiga
#Rodziah Ismail
#pindaan enakmen
#LUAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan