awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAB kemuka 34 usul perkasa komuniti cacat penglihatan
Vietnam, EU naik taraf hubungan di tengah ancaman terhadap orde berasaskan peraturan
9.5 juta hilang tempat tinggal di Sudan, krisis terbesar dunia - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti luar, program komuniti boleh kurangkan isu sosial pelajar - Saraswathy

Bernama
Bernama
17/10/2025
20:15 MYT
Aktiviti luar, program komuniti boleh kurangkan isu sosial pelajar - Saraswathy
Saraswathy berkata inisiatif seumpama itu membolehkan anak muda bersosialisasi dan memahami lebih mendalam dunia di sekeliling mereka. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aktiviti luar dan program berasaskan komuniti memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin serta mengurangkan isu sosial dalam kalangan pelajar, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
Beliau berkata inisiatif seumpama itu bukan hanya membolehkan anak muda bersosialisasi dan memahami lebih mendalam dunia di sekeliling mereka tetapi juga memupuk semangat kekitaan dan tanggungjawab kepada negara.
"Selain pendidikan dan langkah yang diambil oleh pihak sekolah, aktiviti di luar bilik darjah pun sangat penting supaya anak muda mendapat pendedahan dari segi ilmu dan pengalaman, serta fokus pada perkara yang positif.
"Kementerian Perpaduan Negara juga ada banyak program di Arkib Negara dan muzium di seluruh negara, mereka boleh datang untuk menghayati kisah sejarah dan perjuangan yang diharap dapat membantu membina jati diri agar menjadi rakyat yang lebih bermakna dan berguna kepada negara," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Saraswathy ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Raaji Silk Palace sebagai 'Rangkaian Peruncit Pakaian Tradisional India Terbanyak' dengan 18 cawangan.
Sijil tersebut disampaikan oleh wakil MBOR V. Menaga kepada pengasas Raaji Silk Palace Datuk L. Gandesan.
Saraswathy, yang turut menyampaikan sumbangan Deepavali daripada Raaji Silk Palace kepada beberapa penerima kurang bernasib baik, berharap lebih banyak entiti perniagaan tampil membantu golongan B40 semasa musim perayaan ini.
Negara baru-baru ini dikejutkan dengan beberapa insiden di sekolah, termasuk kes seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun di Petaling Jaya, Selangor dan kes rogol membabitkan empat pelajar lelaki tingkatan lima ke atas pelajar perempuan tingkatan tiga di Melaka.
Sementara itu, Gandesan berkata rangkaian tekstilnya telah menyumbang kira-kira 1,500 set pakaian untuk Deepavali sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat tahunan mereka.
"Ini juga tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia susulan pencapaian luar biasa sejak cawangan pertama kami dibuka pada 1997. Kami berharap untuk membangunkan kilang tekstil sendiri pada masa depan supaya kami boleh menghasilkan dan menjual pakaian dengan label 'Buatan Malaysia'," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti luar
#K Saraswathy
#program berasaskan komuniti
#isu sosial pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan