awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Nazrin berkenan sampaikan hadiah Tilawah, Hafazan Al-Quran peringkat Perak
Perlis putuskan sistem parkir berpalang tidak akan dilaksanakan
Ribuan guru di Jerman lancar mogok tuntut gaji lebih baik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vietnam, EU naik taraf hubungan di tengah ancaman terhadap orde berasaskan peraturan

Bernama
Bernama
29/01/2026
20:30 MYT
Vietnam, EU naik taraf hubungan di tengah ancaman terhadap orde berasaskan peraturan
Vietnam dan EU menegaskan "kepentingan perkongsian yang berasaskan kepentingan bersama dan nilai bersama keamanan, keselamatan serta kemakmuran.
HANOI: Vietnam dan Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis menaik taraf hubungan kepada perkongsian strategik komprehensif iaitu tahap diplomatik tertinggi Vietnam ketika dunia berdepan tempoh bergelora bagi perdagangan global, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam satu kenyataan bersama, Vietnam dan EU menegaskan "kepentingan perkongsian yang berasaskan kepentingan bersama dan nilai bersama keamanan, keselamatan serta kemakmuran dalam orde antarabangsa berasaskan peraturan, berpaksikan undang-undang antarabangsa".
Walaupun tarif Amerika Syarikat tidak disebut secara khusus, Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa berkata pada sidang media selepas pertemuan dengan Presiden Vietnam, Luong Cuong: "Pada saat orde antarabangsa berasaskan peraturan sedang diancam dari pelbagai arah, kita perlu berdiri seiring sebagai rakan yang boleh dipercayai dan boleh diramal."
"Vietnam menganggap EU sebagai antara rakan terpentingnya di dunia dan berhasrat untuk terus mempromosikan serta memperdalam hubungan dengan EU," kata Cuong.
Cuong menyifatkan langkah itu sebagai satu "pencapaian bersejarah," yang berlaku 35 tahun selepas Vietnam dan EU menjalin hubungan diplomatik.
Perjanjian perdagangan bebas EU-Vietnam yang ditandatangani pada 2020 membantu meningkatkan perdagangan dua hala sebanyak 40 peratus.
Vietnam adalah antara rakan dagang terbesar EU di Asia Tenggara, manakala EU pula ialah rakan dagang keempat terbesar Vietnam.
Dalam tempoh 10 bulan pertama 2025, perdagangan dua hala mencecah hampir US$61 bilion, meningkat 8.4 peratus tahun ke tahun.
Vietnam dan EU pada Khamis turut menekankan keperluan memperkukuh kerjasama dalam keamanan, pertahanan dan keselamatan, serta menyatakan sokongan terhadap multilateralisme dan penghormatan kepada undang-undang antarabangsa, termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Vietnam
#Kesatuan Eropah
#EU
#kerjasama strategik
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan