awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti selam skuba di Sabah kini boleh beroperasi semula - Jafry

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
02/12/2020
04:10 MYT
Aktiviti selam skuba di Sabah kini boleh beroperasi semula - Jafry
Jafry memaklumkan langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan negeri bagi membantu merancakkan semula industri pelancongan Sabah iaitu bagi membantu operator pelancongan yang terjejas. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA KINABALU:Semua aktiviti selam skuba di Sabah kini boleh beroperasi semula pada bila-bila masa.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) bagi pengendali aktiviti beroperasi berkuatkuasa hari ini.
"Sudah ada kelulusan yang diberikan MKN berhubung SOP selam skuba untuk beroperasi.
"Ini bermakna SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi aktiviti selam skuba di Sabah telah ada.
"Saya ingin menasihatkan kepada pemain industri, walaupun kita benarkan aktiviti selam skuba tetapi kita mempunyai SOP yang perlu dipatuhi setiap masa sesuai dengan usaha kerajaan untuk mengekang penyebaran wabak COVID-19," katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Aplikasi E-Culture Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah di Balai Seni Lukis di Kota Kinabalu pada Rabu.
Jelasnya lagi terdapat 13 SOP yang telah diluluskan MKN antaranya pendaftaran penyelam mengikut peraturan yang telah ditetapkan, pemain industri perlu mengadakan taklimat SOP pencegahan COVID-19 sebelum aktiviti dijalankan dan keselamatan peralatan dan kelasi bot.
Sementara itu Jafry turut memaklumkan langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan negeri bagi membantu merancakkan semula industri pelancongan Sabah iaitu bagi membantu operator pelancongan yang terjejas.
"Selepas yang pertama iaitu membenarkan operasi aktiviti selam skuba, selepas ini kita akan membantu 'tour operators' yang terjejas.
"Saya telah menemui mereka sebelum ini dan kita ada lebih kurang 500 'tour operators' yang terjejas dalam industri pelancongan dan saya telah berbincang di peringkat kementerian dan sedang menyediakan satu skim untuk kita bantumereka.
"Tetapi kita tidak boleh perjelaskan apa bentuk bantuan itu sekarang kerana sedang menunggu kelulusan Kabinet.
"Cuma apa yang pasti kementerian telah menyediakan bantuan untuk membantu mereka-mereka ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Kota Kinabalu
#kerajaan
#pelancongan
#kabinet
#keselamatan
#perintah kawalan pergerakan
#Majlis Keselamatan Negara
#COVID-19
#bot
#operasi
#skuba
#selam
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan