PUTRAJAYA: Aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah akan dibenarkan mulai sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula Isnin ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, kebenaran itu diberikan hanya bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja dan garis panduan serta aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 berhubung kebenaran itu akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.
"Sudah pasti ini berita gembira buat anak-anak kita yang selama ini hanya berada dalam bilik darjah sahaja. Kita ingin memberi peluang kepada murid dan guru untuk membiasakan diri dengan fasa transisi hidup bersama virus Covid-19 sebelum beralih ke fasa endemik," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan (KPM) di sini pada Khamis.
Pada 10 Jun lepas KPM menetapkan bahawa sebarang aktiviti sukan, kokurikulum dan perhimpunan di sekolah tidak dibenarkan susulan pandemik Covid-19.
Sementara itu, merujuk kepada rancangan penyediaan lokar di sekolah rendah bagi menangani isu beg murid yang berat, Mohd Radzi berkata, KPM dalam proses mengenal pasti spesifikasi lokar, bagi menentukan jenisnya, dan memastikan kualiti terbaik bagi membolehkan ia digunakan untuk jangka panjang.
"KPM sedang berusaha menjalankan proses pemasangan secepat mungkin setelah kita kenal pasti lokasi sesuai di kawasan sekolah, namun ada tatacara serta proses yang perlu dipatuhi,” katanya.
Pada 6 Mac lepas, Mohd Radzi mengumumkan penyediaan lokar di sekolah rendah yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun ini sebagai pendekatan menangani isu beg murid yang berat. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah akan dibenarkan mulai sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula Isnin ini, kata Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Mohd Radzi Md Jidin. - Gambar BERNAMA
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Waspada 'bom jangka' ketika bersukan
Aktiviti sukan berkait rapat dengan tahap kesihatan, namun tanpa ilmu ia boleh menjadi 'bom jangka' yang mengundang risiko sehingga mengakibatkan kecederaan serius.
KPM proaktif jamin keselamatan pelajar melalui Kod Sukan Selamat
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa proaktif menjamin keselamatan atlet sekolah dengan penggunaan Kod Sukan Selamat dalam kalangan jurulatih dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan.
KBS bawa Muhammad Aqil temu pakar tentukan jenis prostetik - Hannah
KBS telah membawa murid OKU Muhammad Aqil Naufal Zahiran, bertemu dengan pakar untuk menentukan jenis prostetik yang diperlukan bagi membolehkannya menyertai aktiviti sukan.
Stadium Merdeka, ikonik negara dibuka semula pada suku pertama 2024
Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung apabila stadium berkapasiti 20,000 tempat duduk itu mula beroperasi di sebelah Merdeka 118.
Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
Persatuan sukan disaran terlibat aktif bantu komuniti dan perkasa perpaduan
Mohd Azahari berkata, aktiviti sukan dapat dijadikan jambatan penghubung bagi menyatukan semua lapisan masyarakat.
Semua aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sekatan, status vaksinasi - KBS
Mulai esok, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang had atau sekatan termasuk status vaksinasi dan limitasi masa.
KPM umum tatacara, garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka
Garis panduan tersebut turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah dibenar mulai Isnin
Kebenaran itu diberikan hanya bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja.
Johor cadang sewakan venue SUKMA 2020 untuk pelbagai aktiviti
Keutamaan adalah memastikan venue tersebut sentiasa diselenggara dengan baik selain tidak menjadikannya projek gajah putih.