Ringkasan AI
- Seramai 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari ini.
- Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi pada paras 172, diikuti Bukit Rambai 168 dan Nilai 167.
- Kuching dan Samarahan di Sarawak menunjukkan penurunan ketara bacaan IPU, manakala Limbang kekal dengan kualiti udara terbaik pada bacaan 42.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari ini.
Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia di Selangor kekal mencatatkan bacaan tertinggi di negara ini pada paras 172, susut satu mata berbanding jam 11 pagi.
Bukit Rambai di Melaka merekodkan bacaan 168, manakala Nilai di Negeri Sembilan turun kepada 167.
Data turut menunjukkan penurunan ketara bacaan IPU di Sarawak. Kuching mencatatkan bacaan 105 berbanding 151 pada jam 10 pagi dan 126 pada jam 11 pagi. Samarahan pula turun kepada 103.
Di Johor, Larkin merekodkan penurunan 13 mata dalam tempoh sejam kepada 136.
Bagi kawasan lain yang masih mencatatkan bacaan tidak sihat, Batu Muda merekodkan bacaan 162 sementara Seremban mencatatkan 162. Alor Gajah pula kekal pada paras 166, diikuti Bandaraya Melaka (164), Tangkak (163), Petaling Jaya (159), Klang (158) dan Shah Alam (154).
Dalam kategori sederhana, Tasek Ipoh di Perak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 99, hanya satu mata di bawah kategori tidak sihat.
Sementara itu, tiga stesen merekodkan kualiti udara pada tahap baik apabila Miri dan Kimanis masing-masing mencatatkan bacaan 49, manakala Limbang merekodkan bacaan 42 dan kekal sebagai kawasan dengan kualiti udara terbaik di negara ini.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 12 tengah hari?
A: Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU tidak sihat setakat jam 12 tengah hari. - Q: Kawasan manakah yang merekodkan bacaan IPU tertinggi dan berapakah bacaan tersebut?
A: Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 172. - Q: Apakah kawasan yang mencatatkan kualiti udara terbaik di Malaysia setakat ini?
A: Limbang merekodkan bacaan IPU 42 dan kekal sebagai kawasan dengan kualiti udara terbaik di negara ini. - Q: Bagaimana trend bacaan IPU di Sarawak, khususnya di Kuching dan Samarahan?
A: Bacaan IPU di Kuching menurun kepada 105 berbanding 151 pada jam 10 pagi dan 126 pada jam 11 pagi, manakala Samarahan turun kepada 103. - Q: Apakah bacaan IPU tertinggi dalam kategori sederhana dan di kawasan mana ia direkodkan?
A: Bacaan IPU tertinggi dalam kategori sederhana ialah 99, direkodkan di Tasek Ipoh, Perak.