Skip to main content

Teknologi

Apple dilapor bangunkan HomeView premium dengan skrin robotik berputar 360 darjah

Peranti yang baru diperkenalkan itu mampu mengecam wajah dan suara sehingga enam ahli keluarga secara berasingan untuk memaparkan jadual peribadi, membuat panggilan video serta mengawal sistem rumah pintar. -Foto Amanz
Peranti yang baru diperkenalkan itu mampu mengecam wajah dan suara sehingga enam ahli keluarga secara berasingan untuk memaparkan jadual peribadi, membuat panggilan video serta mengawal sistem rumah pintar. -Foto Amanz

Advertisement

Ringkasan AI

  • Apple sedang membangunkan model premium HomeView dengan skrin berputar 360 darjah secara automatik untuk menjejaki pergerakan dan interaksi pengguna.
  • Model baharu ini dijangka dilengkapi skrin 9 inci pada lengan robotik bermotor dan dipasarkan sekitar tahun 2027 atau 2028.
  • Setakat ini, HomeView belum diumumkan untuk pasaran Malaysia, namun pra-tempahan telah dibuka di beberapa pasaran serantau termasuk Singapura.

APPLE dilapor sedang membangunkan model premium baharu bagi hab rumah pintarnya, HomeView, yang dilengkapi skrin paparan mekanikal dengan keupayaan berputar 360 darjah secara automatik untuk menjejaki pergerakan dan interaksi pengguna.

Perkembangan itu muncul hanya beberapa hari selepas syarikat teknologi berkenaan memperkenalkan HomeView minggu lalu, iaitu hab pintar desktop dengan skrin 7 inci yang disokong ekosistem kecerdasan buatan (AI) Siri, lapor Amanz.

Peranti yang baru diperkenalkan itu mampu mengecam wajah dan suara sehingga enam ahli keluarga secara berasingan untuk memaparkan jadual peribadi, membuat panggilan video serta mengawal sistem rumah pintar.

Walaupun model sedia ada menawarkan fungsi Center Stage yang menjejaki pengguna secara digital ketika panggilan video, kedudukan fizikal skrinnya masih memerlukan pelarasan secara manual menerusi engsel keluli yang disediakan.

Menurut laporan media teknologi yang memetik wartawan Bloomberg, Mark Gurman, Apple kini sedang membangunkan varian premium HomeView yang disasarkan untuk diperkenalkan sekitar 2027 atau 2028.

Model dengan kod nama dalaman J595 itu dilaporkan bakal dilengkapi skrin lebih besar berukuran kira-kira 9 inci yang dipasang pada lengan robotik bermotor.

Ciri berkenaan membolehkan skrin berpusing sehingga 360 darjah dan menghadap secara automatik ke arah individu yang sedang bercakap di dalam sesebuah bilik.

Peranti itu juga dilapor menggunakan teknologi pengecaman suara untuk mengenal pasti identiti serta kedudukan pengguna sebelum mengarahkan panel paparan menghadap individu terbabit.

Varian berkenaan dijangka dipasarkan sebagai model ultra-premium dengan harga jauh lebih tinggi berbanding HomeView semasa yang dijual pada harga AS$299 (kira-kira RM1,290).

Setakat ini, Apple belum mengumumkan penawaran rasmi HomeView untuk pasaran Malaysia. Sementara itu, pra-tempahan bagi beberapa pasaran serantau termasuk Singapura telah dibuka dengan penghantaran pertama dijadualkan pada 13 Nov depan.

Ketiadaan penawaran tempatan pada peringkat awal berkemungkinan berkait dengan pembangunan berterusan ciri Apple Intelligence dan Siri yang masih belum dioptimumkan sepenuhnya untuk penggunaan bahasa tempatan pada hab rumah pintar berkenaan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah ciri utama model premium baharu HomeView yang sedang dibangunkan oleh Apple? 
    A: Model premium baharu HomeView akan dilengkapi skrin lebih besar berukuran kira-kira 9 inci yang dipasang pada lengan robotik bermotor, membolehkan skrin berpusing 360 darjah secara automatik untuk menjejaki pergerakan dan interaksi pengguna.
  • Q: Bilakah Apple dijangka memperkenalkan varian premium HomeView ini? 
    A: Varian premium HomeView disasarkan untuk diperkenalkan sekitar tahun 2027 atau 2028.
  • Q: Apakah kelebihan pengecaman suara dan wajah pada HomeView? 
    A: HomeView mampu mengecam wajah dan suara sehingga enam ahli keluarga secara berasingan untuk memaparkan jadual peribadi, membuat panggilan video, serta mengawal sistem rumah pintar.
  • Q: Berapakah harga HomeView semasa dan bagaimana dengan harga model premium? 
    A: HomeView semasa dijual pada harga AS$299 (kira-kira RM1,290), manakala model ultra-premium dijangka dipasarkan pada harga jauh lebih tinggi.
  • Q: Adakah HomeView sudah ditawarkan di pasaran Malaysia? 
    A: Setakat ini, Apple belum mengumumkan penawaran rasmi HomeView untuk pasaran Malaysia, namun pra-tempahan telah dibuka di beberapa pasaran serantau termasuk Singapura.

Must Watch Video

Advertisement