awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti 'swinger': Tiga suspek berjaya diberkas PDRM

Pia Ernadya
Pia Ernadya
03/04/2024
07:55 MYT
Aktiviti 'swinger': Tiga suspek berjaya diberkas PDRM
Tiga suspek yang aktif lakukan aktiviti swinger dalam talian berjaya diberkas atas kerjasama MCMC dan PDRM. - Gambar fail
CYBERJAYA: Tiga suspek yang aktif memuat naik kandungan aktiviti ‘swinger’ dalam talian berjaya diberkas atas kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Antaranya berusia dalam lingkungan 39 hingga 50 tahun dan didapati bertindak sebagai pentadbir (admin) bagi platform X.
Kegiatan kumpulan ’swinger’ itu melibatkan aktiviti suami isteri yang bertukar pasangan untuk tujuan keseronokan telah dikesan susulan aduan daripada orang ramai, selain pemantauan oleh MCMC.
Antara modus operandi mereka adalah dengan memuat naik klip video pendek melalui platform X, dan individu yang berhasrat mendapatkan video berdurasi penuh akan dikenakan bayaran sebanyak RM100 ke RM400 bagi mendapatkan pautan ke aplikasi Telegram.
Operasi yang dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan MCMC dan PDRM di Kedah dan Johor baru-baru ini telah menemukan kumpulan ’swinger’ yang memiliki sejumlah besar video lucah.
Hasil serbuan turut berjaya merampas telefon bimbit, komputer dan pemacu kilat milik suspek.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#PDRM
#MCMC
#swinger
#aktiviti seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan