awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Penguatkuasaan terhadap aktiviti tidak berlesen diberi tumpuan utama - Tiong King Sing
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini

Bernama
Bernama
06/02/2026
03:00 MYT
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
MINDEF memaklumkan selain itu misil ATMACA dari Turkiye pula sedang dalam proses perolehan dan dijangka diterima pada 2028.
KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mengoperasikan dua jenis Surface to Surface Missiles (SSM) atau misil antipermukaan termasuk Naval Strike Missile (NSM) dari Norway yang akan diterima pada Mac ini.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan selain itu misil ATMACA dari Turkiye pula sedang dalam proses perolehan dan dijangka diterima pada 2028.
"MINDEF telah merangka pelan penggantian secara berperingkat bagi keupayaan peluru berpandu antikapal TLDM, dengan menilai platform peluru berpandu generasi baharu termasuk NSM yang mempunyai keupayaan jarak lebih jauh, kebolehan menghindari radar yang lebih tinggi serta integrasi rangkaian sensor moden.
"Pendekatan berperingkat dan berhemah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memodenkan keupayaan TLDM secara realistik dan mampan, selaras dengan keperluan keselamatan maritim negara dan kemampuan fiskal semasa," menurut MINDEF dalam jawapan bertulis menerusi laman rasmi Parlimen.
Jawapan itu dikemukakan kepada Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang ingin tahu rancangan penggantian peluru berpandu jenis Exocet MM40 Blok II (berusia 29 tahun) yang usang dan tidak relevan lagi digunakan untuk kapal tempur milik TLDM serta jangkaan program penggantian itu selesai.
Dalam soalan berasingan, MINDEF memaklumkan jadual pentauliahan Kapal Tempur Pesisir 1 (LCS 1) dipinda ke Disember 2026 manakala LCS 2 pula pada Ogos tahun hadapan, berdasarkan maklum balas oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS) yang dikemukan kepada Pasukan Projek LCS TLDM.
Menurut kementerian itu, bagi kapal berikutnya pentauliahan LCS 3 kekal pada Disember 2027, LCS 4 (Ogos 2028) dan LCS 5 (April 2029).
"Hingga 25 Dis 2025, kementerian dimaklumkan oleh LUNAS bahawa kemajuan keseluruhan Projek LCS telah mencapai 75.73 peratus sebenar berbanding 81.57 peratus perancangan," menurut jawapan MINDEF kepada Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang ingin tahu status terkini proses ujian dan pentauliahan LCS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TLDM
#misil antipermukaan
#NSM
#Mindef
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan