SANDAKAN: Seorang pesakit COVID-19 yang memeluk Islam di katil hospital tempatnya menerima rawatan, melahirkan kegembiraan dengan agama baharunya itu.
"Aku sudah sah Islam," kata Laimi @ Nur Laila Tinggi, 66, yang berketurunan Dusun dan dilahirkan dalam agama Kristian dari Beluran.
Itulah reaksinya selepas memeluk agama Islam, seperti yang dikongsikan oleh anak sulungnya Firdaus Fringco Abdullah, 45.
Sebuah video berdurasi dua minit yang memaparkan Nur Laila mengucap dua kalimah syahadah ketika terbaring di atas katil dan bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan, di hadapan tiga jururawat di Hospital Duchess of Kent (HDOK) di sini, tular sehingga mengundang tanggapan netizen bahawa dia memeluk Islam tanpa pengetahuan ahli keluarganya.
"Kami (keluarga) membuat panggilan video minggu lepas dan pada masa itu ibu menyatakan niatnya (untuk memeluk Islam) yang menyentuh hati kami," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Firdaus berkata, beliau membuat hantaran dalam Facebook untuk menjelaskan tanggapan yang timbul mengenai keadaan ibunya ketika menerima rawatan di HDOK.
"Saya rasa bertanggungjawab untuk menjelaskan hal itu menerusi Facebook kerana ibu saya masih mempunyai saudara-mara yang bukan Muslim.
"Ibu pernah menyatakan hasratnya untuk memeluk agama Islam kerana empat daripada lima anaknya serta beberapa adik-beradiknya juga telah memeluk Islam," katanya.
Firdaus berkata beliau telah menghubungi seorang pegawai di hospital itu memohon sekiranya ibunya boleh dibimbing untuk mengucap dua kalimah syahadah di atas katil hospital dan kira-kira 4 petang 9 Sept lepas ibunya sah bergelar saudara baharu.
Beliau berkata, Nur Laila yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah melengkapkan vaksinasi COVID-19, dimasukkan ke hospital pada 4 Sept dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Alhamdulillah ... ibu saya semakin pulih dengan tiada lagi batuk dan dia juga boleh merasa makanan sekarang.
"Ibu tidak ditidurkan dan tidak dirawat di unit rawatan rapi," katanya.
Firdaus berkata, ibunya belum lagi dibenarkan keluar dari hospital dan masih dalam pemantauan berikutan keadaan buah pinggangnya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital dan kakitangan kesihatan atas dedikasi mereka dalam merawat pesakit COVID-19 termasuk sepanjang rawatan ibunya di HDOK itu.
"Mereka (hospital dan kakitangan kesihatan) wajar diiktiraf sepanjang masa. Perkhidmatan mereka melangkaui tugas yang bukan hanya perubatan tetapi juga kemanusiaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 20 2021

Nur Laila yang menghidap penyakit buah pinggang dan telah melengkapkan vaksinasi COVID-19, dimasukkan ke hospital pada 4 Sept dan memerlukan alat bantuan pernafasan. - Foto tangkapan layar Astro AWANI

AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsinya - Saifuddin
Sebagai agensi baharu, AKPS yang menggabungkan pelbagai agensi di bawah satu bumbung memerlukan penyesuaian peranannya.

Malaysia, Kemboja perkukuh kerjasama kehakiman dua hala
Tengku Maimun yang juga Presiden ALA, mengetuai delegasi Malaysia ke Kemboja dari 24 hingga 26 April.

ESKU 2025 lebih inklusif, tekan nilai kebolehpasaran siswazah graduan UiTM
Penganjuran Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) 2025 kali ini bersifat inklusif dan menekankan nilai tambah kebolehpasaran siswazah selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

39 KRT Sarawak dipilih KRT progresif - Aaron
Setiap KRT Progresif boleh memohon peruntukan tidak lebih RM100,000 setahun bagi menceburi program meliputi lapan bidang yang digariskan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

RISDA perkenal RisSMart Grocer himpun produk usahawan
RisSMart Grocer ialah pasar raya berkonsepkan pusat sehenti yang menghimpunkan produk usahawan dalam suasana pasar moden.

PRK Ayer Kuning: PM ucap tahniah kemenangan calon BN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
UMDAP Semakin Tidak Relevan, Pengundi Tunjuk Penolakan
Kelompok-kelompok yang cuba mempopularkan jenama UMDAP dilihat semakin kehilangan sokongan apabila pengundi menolak calon-calon baharu yang dikaitkan dengan naratif itu.
[TERKINI] JDT tewaskan Sri Pahang FC 2-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kejayaan ini menyaksikan JDT mencipta rekod luar biasa dengan merangkul gelaran hatrik quadruple, memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut.
Kejayaan ini menyaksikan JDT mencipta rekod luar biasa dengan merangkul gelaran hatrik quadruple, memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut.
Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, anak saudara di Semenyih
Misteri bau busuk yang mencurigakan membawa kepada penemuan mayat seorang wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya di sebuah rumah di Semenyih malam Jumaat.
Majoriti besar bukti pengundi tolak politik fitnah
Majoriti lebih besar yang diperolehi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning memberi gambaran sebenar penduduk Ayer Kuning menolak politik fitnah dan adu domba.

Sarawak pinda undang-undang biodiversiti untuk SBC komersialkan penyelidikan
Kerajaan Negeri Sarawak merancang untuk meminda undang-undang berkaitan biodiversiti negeri itu bagi membolehkan Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) mengkomersialkan penyelidikannya.

KKDW tingkat usaha promosi Tasik Kenyir
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan meningkatkan usaha mempromosikan Tasik Kenyir bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

COVID-19: Trump lancar laman web, tuduh China, kecam WHO, Biden, Fauci
Laman web itu mendakwa wabak itu berpunca daripada kebocoran makmal di China.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.

Forum media ASEAN-China platform penting perkukuh komunikasi serantau - Penganalisis
Forum Media dan Kumpulan Pemikir ASEAN-China yang berlangsung di ibu negara pada Jumaat menjadi platform penting dalam usaha memperkukuh saluran komunikasi rentas negara.

Nilai bitcoin junam bawah AS$75,0000
Trend penurunan nilai berlaku sejurus selepas Presiden Trump mengumumkan kadar tarif pukul rata ke atas kesemua negara yang berdagang dengan Amerika Syarikat.

Ketua WHO beri amaran pandemik lain pasti berlaku
Pandemik lain akan berlaku lambat laun dan ia bukan sekadar "risiko teori" tetapi "kepastian epidemiologi," demikian amaran Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Isnin.

PKS dijangka terkesan akibat tarif timbal balik Trump – Pakar
Langkah Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus ke atas import dari Malaysia dijangka memberi kesan langsung terhadap peningkatan kos input.

Dr Roland Victor bebas tuduhan buat hantaran jelik berhubung vaksin COVID-19
Hakim Ahmad Fuad Othman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes 'melampaui keraguan munasabah'.

Malaysia usaha perluas ketersambungan udara ke Eropah, Amerika - Loke
Malaysia sedang berusaha ke arah memperluas ketersambungan penerbangan ke Eropah dan Amerika, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.