awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
26/08/2024
23:45 MYT
Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Zulkifli berkata, aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hasrat Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang mengimpikan sebuah aplikasi soal jawab hukum yang mampu mempermudah urusan umat Islam di Malaysia dengan ribuan artikel isu-isu agama semasa, akhirnya membuahkan hasil dan memperoleh kejayaan.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, hasratnya itu telah lama dipendam sejak menjawat jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
"Namun, Allah SWT lebih mengetahui hikmah yang berlaku. Apabila saya mula kembali menjawab soalan-soalan agama setelah “berehat” seketika semasa menjawat jawatan Menteri pada 10 Januari 2022, sambutan masyarakat amat luar biasa.
"Dengan hampir 5 juta kunjungan ke web http://maktabahalbakri.com hari ini, sejak tiga tahun lalu saya mula memikirkan pendekatan yang lebih mesra dengan kemajuan zaman.
"Hasil usaha jitu pasukan media Maktabah Al-Bakri, lahirlah aplikasi Al-Inarah yang dibina seadanya, dengan sumber kewangan yang amat terhad," katanya di ciapan laman X, pada Isnin.
Semasa menjawat jawatan Mufti, saya mengimpikan sebuah aplikasi soal jawab hukum yang mampu mempermudah urusan umat Islam di Malaysia dengan ribuan bank artikel isu-isu agama semasa. Namun, Allah SWT lebih mengetahui hikmah yang berlaku. Apabila saya mula kembali menjawab pic.twitter.com/oKyY8CoVMW
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 26, 2024
Zulkifli berkata, aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.
"Tiga tahun untuk 7,000 buah artikel sudah pasti bukan kerja mudah, namun ia adalah semangat kerja berpasukan yang menatijahkan kejayaan.
"Saya dengan rendah hati memohon sekiranya para ulama mendapati ada kekurangan pada mana-mana artikel, boleh sampaikan untuk semakan kami.
"Terima kasih juga kepada lebih 400 orang yang memberikan “rating” 4.9 kepada aplikasi Al-Inarah. Ia satu penghormatan bagi kami," ujarnya.
Zulkifli berkata, beliau dan pasukannya mempunyai banyak lagi kejutan dan dengan doa serta sokongan umat Islam di Malaysia, Maktabah Al-Bakri akan berusaha menjadi peneraju utama kepada hab soal jawab agama di Malaysia.
Pada November tahun lalu, Zulkifli memperkenalkan sebuah aplikasi mudah-alih tersendiri, dinamakan sebagai Al-Inarah.
Al-Inarah menghimpunkan soal-jawab kemusykilan agama Islam melaluinya yang dikendalikan oleh beliau dan menghimpunkan lebih artikel kemusykilan dibawah 75 kategori berbeza.
Disamping itu, pelbagai artikel baharu juga akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Topic Berkaitan
#Al-Inarah
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#soal jawab hukum
#aplikasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan