LEGENDA WWE Triple H mengumumkan persaraannya daripada menyertai sebarang pertandingan gusti susulan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
WWE dalam kenyataan memaklumkan, Triple H, atau nama sebenarnya Paul Levesque menghadapi masalah jantung dan telah pun menjalani pembedahan pada September tahun lalu.
Menurut WWE, Levesque, 52 tahun, membuat pengumuman tersebut menerusi temu bual bersama ESPN pada Jumaat.
Beliau juga membuat pendedahan telah dipasang alat ‘difribilator’ di bahagian dada berhampiran jantungnya.
Penggusti yang turut dikenali sebagai ‘The Game’ itu pernah meraih kejuaraan dunia sebanyak 14 kali.
Dilahirkan serta dibesarkan di New England, Amerika Syarikat, Levesque memulakan kariernya sekitar awal 1990-an di bawah nama ‘Terra Ryzing’.
Beliau kemudiannya menyertai WCW pada 1994 menggunakan nama gelanggang Jean-Paul Levesque sebelum dijenamakan semula di WWF (kini dikenali sebagai WWE) sebagai Hunter Hearst Helmsley dan seterusnya Triple H.
Levesque juga terkenal dengan pasukannya, D-Generation X dan sering berganding dalam aksi ‘tag team’ bersama Shawn Michaels.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Stephanie McMahon, anak kepada Pengerusi dan CEO WWE, Vince McMahon.
Selain bergiat dalam gusti, Levesque juga merupakan Naib Presiden Eksekutif (Bakat Global) di WWE.
Astro Awani
Sat Mar 26 2022
Triple H mengumumkan persaraannya daripada menyertai sebarang pertandingan gusti susulan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. - Foto Facebook/Paul Triple H Levesque
Sekurang-kurangnya lima maut, 30 cedera kereta api bertembung di India
Sebuah kereta api barang merempuh dua gerabak belakang Kanchanjungha Express hingga tergelincir dari landasan.
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
Akuantan warga emas jadi mangsa 'scam' rugi RM2.2 juta
Seorang warga emas yang juga akauntan mengalami kerugian lebih RM2.2 juta selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan membabitkan pelaburan saham.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata mangsa lelaki berumur 75 tahun itu membuat laporan polis, pada Ahad selepas percaya dirinya ditipu suspek.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata mangsa lelaki berumur 75 tahun itu membuat laporan polis, pada Ahad selepas percaya dirinya ditipu suspek.
Sarawak akan perkenal mekanisme kawal harga ternakan - Abang Johari
Sarawak akan memperkenalkan mekanisme bagi mengawal harga jualan beberapa haiwan ternakan tahun depan.
Speaker ada 21 hari isytihar kekosongan kerusi selepas terima notis - Bekas Speaker Azhar Harun
Speaker Dewan Rakyat mempunyai 21 hari untuk memastikan berlakunya kekosongan kerusi luar jangka terhadap enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Pentadbiran Perdana Menteri.
Akuantan warga emas jadi mangsa 'scam' rugi RM2.2 juta
Seorang warga emas yang juga akauntan mengalami kerugian lebih RM2.2 juta selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan membabitkan pelaburan saham.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata mangsa lelaki berumur 75 tahun itu membuat laporan polis, pada Ahad selepas percaya dirinya ditipu suspek.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata mangsa lelaki berumur 75 tahun itu membuat laporan polis, pada Ahad selepas percaya dirinya ditipu suspek.
Euro 2024: UEFA buka kertas siasatan terhadap Albania susulan kekecohan penyokong
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) telah membuka kertas siasatan terhadap Persekutuan Bola Sepak Albania berhubung tingkah laku penyokongnya semasa perlawanan Euro 2024 menentang Itali, lapor Sputnik.
Singapura atasi London, New York, Zurich dalam 10 'bandar raya termahal di dunia'
Singapura telah mengatasi London, New York dan Zurich dalam 10 bandar paling mahal di dunia untuk pekerja ekspatriat berdasarkan indeks global, lapor Agensi Berita (dpa) Jerman.
Pendakwah perlu pastikan sumber sahih, berlandaskan al-Quran dan sunnah
Golongan penceramah dinasihatkan memastikan isi kandungan dakwah yang disampaikan adalah berdasarkan sumber sahih berlandaskan al-Quran.
Apple fokus pembangunan iPhone 17 yang lebih nipis untuk 2025
Apple dijangka memperkenalkan peranti-peranti lain yang nipis dalam tahun-tahun akan datang.
Alami masalah jantung, Triple H umum bersara sepenuhnya dari gusti
Legenda WWE Triple H mengumumkan persaraannya daripada menyertai sebarang pertandingan gusti susulan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
The Rock, dulu dibuli kini selebriti
Bret Hart (penggusti dalam WWF) pernah menceritakan dua peggusti legenda, Triple H dan Shawn Michaels pernah membuli Johnson ketika dia baru sahaja menjadi penggusti.
Gusti WWE: John Cena bertemu Triple H di bumi Arab Saudi
Acara ini akan mengimbau semula sejarah pertemuan antara kedua jaguh ini seperti yang pernah berlangsung di acara kemuncak Wrestlemania 22 pada tahun 2006.
Michael Bay lamar John Cena jadi bintang utama Duke Nukem
Selepas Dave Bautista yang semakin jadi perhatian selepas membintangi Guardians of the Galaxy, kini giliran John Cena yang bakal jadi pesaing The Rock.