TEMERLOH: Makan malam tujuh beranak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak 'steamboat' meletup dalam kejadian di sebuah restoran di sini pada 9 Mac lalu.
Mangsa, Noraini Abdullah, 53, berkata, kejadian jam 7 petang itu berlaku sekelip mata ketika dia bersama suaminya, Ayob Harun, 59, dan empat anaknya, Fatin Nabilah, 29, Arif Fauzan, 26, Arif Fahmi, 23, Arif Fahin, 21 serta menantunya iaitu suami kepada Fatin, Azrul Fazrin Asri, 28, sedang menjamu selera.
Menurutnya, sebelum itu mereka terdengar bunyi letupan sebelum dapur gas melambung.
"Kejadian itu terlalu pantas, kami tidak sempat mengelak dan semua terkena percikan api dari dapur gas.
"Kami kemudiannya pergi ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan awal sebelum pulang ke rumah di Bera," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Noraini berkata, keesokan harinya mereka sekeluarga sekali lagi mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Triang sebelum diminta merujuk ke pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS).
"Keadaan suami dan anak kedua iaitu Arif Fauzan paling teruk melecur kerana membabitkan bahagian muka dan tangan.
"Empat hari kami sekeluarga ditempatkan di wad dan sekarang ini kami berada di hospital swasta untuk pemeriksaan susulan," katanya.
Tambahnya, mereka sekeluarga pernah datang ke restoran itu sebelum ini untuk menjamu selera dan tidak menyangka kejadian itu akan berlaku.
"Pemilik restoran ada berjumpa dengan kami dan memohon maaf.
"Satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan berharap insiden sebegini tidak berulang lagi," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 20 2024
Keadaan muka Ayob (kiri) dan anaknya, Arif Fauzan yang melecur selepas dapur gas mudah alih untuk memasak 'steamboat' meletup. - Foto Sinar Harian
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota Bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Tujuh individu akan direman esok
Tujuh individu yang ditahan awal pagi tadi kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan di Balai Polis Ulu Tiram akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok bagi mendapatkan perintah reman.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Alat memasak 'steamboat' meletup, tujuh beranak cedera
Makan malam tujuh beranak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak 'steamboat' meletup dalam kejadian di sebuah restoran.