awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara

Bernama
Bernama
17/05/2024
13:10 MYT
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Sehubungan itu, Pengarah Bebas, Datuk Hamidah Naziadin dilantik sebagai pengerusi sementara berkuat kuasa 1 Julai, 2024.
Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, Maxis berkata Mokhzani, 63, berkhidmat sebagai pengarah sejak penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 2009 dan sebagai pengerusi lembaga pengarah sejak 22 April, 2021.
Syarikat telekomunikasi itu berkata lembaga pengarah kini sedang menilai calon-calon berpotensi dan menjangkakan untuk menyelesaikan proses tersebut dan membuat pengumuman mengenai pengerusi baharu pada masa yang sesuai.
Hamidah, 60, yang dilantik sebagai Pengarah Maxis pada 2014, merupakan pemimpin bidang sumber manusia yang berpengalaman dan disegani dalam dunia korporat Malaysia.
"Beliau kini berkhidmat sebagai pengerusi jawatankuasa pencalonan dan imbuhan serta ahli jawatankuasa audit dan risiko," kata syarikat berkenaan.
Sementara itu, Mokhzani melahirkan penghargaan kerana berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Maxis dan sebagai pengerusi sejak beberapa tahun lalu.
"Sepanjang perkhidmatan saya, Maxis perlu menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi dan transformasi ekonomi yang pesat.
"Walaupun berdepan banyak cabaran, kami terus tekun melayani keperluan pelanggan kami dan semua pihak berkepentingan yang semakin berkembang dalam dunia yang semakin terhubung," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mokhzani Mahathir
#letak jawatan
#Maxis
#HAMIDAH NAZIADIN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan