awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alexsidi muncul 'wira' selamatkan penduduk rumah panjang

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
16/12/2019
04:22 MYT
Alexsidi muncul 'wira' selamatkan penduduk rumah panjang
Alexsidi menjadi 'wira' orang kampung selepas berjaya memadamkan kebakaran daripada memusnahkan rumah panjang 13 pintu di Rumah Andreas, Nanga Lipus, Kanowit petang Ahad.
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menjadi 'wira' di kampungnya apabila tindakan pantasnya berjaya menyelamatkan sebuah rumah panjang 13 pintu yang didiami di Rumah (RH) Andreas, Nanga Lipus di sini, musnah terbakar pada petang Ahad.
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, Alexsidi Wifred, memadamkan kebakaran melibatkan bahagian dapur di dua buah rumah daripada merebak memusnahkan keseluruhan rumah panjang berkenaan.
Ketua Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Kanowit, Arrahman Chik berkata, Alexsidi telah menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering seberat 9 kilogram untuk memadamkan kebakaran tersebut seorang diri.
Sebelum kejadian itu, katanya, Alexsidi yang terdengar jeritan ibu saudaranya meminta tolong lalu bergegas memeriksa apa yang berlaku dan mendapati ada kebakaran.
"Alexsidi terpaksa berlari ulang alik tiga kali ke ruai selepas dua alat pemadam api yang digunakan tidak berfungsi.
"Tanpa berputus asa, dia telah mengambil alat pemadam api yang ketiga untuk menyembur api yang sudah pun merebak ke bahagian dapur bilik sebelah sehingga padam sepenuhnya," katanya di sini.
Beliau berkata, kebakaran itu telah menyebabkan kesan kerosakan di bahagian siling dan dinding rumah terbabit.
Katanya, kebakaran dipercayai berpunca daripada api dapur gas yang menyambar kain pengelap yang diletak atas bekas penyimpan telur di bilik dapur berkenaan.
Arrahman berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 6.45 petang mendapati kebakaran telah berjaya dipadamkan sepenuhnya dan hanya mengambil maklumat serta memastikan kawasan tersebut selamat.
Topic Berkaitan
#Alexsidi Wifred
#padamkan kebakaran
#Rumah panjang
#wira
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan