awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Algeria, Malaysia perlu bekerjasama dalam sektor pendidikan - Duta

Bernama
Bernama
09/03/2023
07:46 MYT
Algeria, Malaysia perlu bekerjasama dalam sektor pendidikan - Duta
Maandi berkata, kira-kira 600 pelajar Algeria kini sedang menuntut di universiti-universiti di Malaysia. - Bernama
KUALA LUMPUR: Algeria dan Malaysia perlu melaksanakan program berkembar dan membangunkan kerjasama antara universiti serta menjalankan projek penyelidikan secara bersama, kata Duta Algeria ke Malaysia Saad Maandi.
Maandi berkata berhubung kerjasama antara Algeria dan Malaysia dalam bidang pengajian tinggi, Memorandum Persefahaman (Mou) mengenai perkara itu telah ditandatangani di Kuala Lumpur pada Disember 2016.
Perjanjian itu menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti pertukaran staf akademik, guru, jurulatih, pakar dan pelajar antara institusi pengajian tinggi kedua-dua negara, jelas beliau.
"Kumpulan gerak kerja bersama yang dipengerusikan ketua setiausaha kementerian pengajian tinggi telah diwujudkan. Sesi terakhir berhubung mekanisme susulan itu telah diadakan pada 2018," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini.
Maandi berkata, kira-kira 600 pelajar Algeria kini sedang menuntut di universiti-universiti di Malaysia manakala 10 pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di Algeria di bawah tajaan biasiswa kerajaan Algeria.
"Terdapat kemungkinan lebih banyak biasiswa akan diberikan untuk pelajar Malaysia belajar di Algeria tahun ini," katanya.
Pada tahun lepas, dua kursus latihan dalam talian mengenai diplomasi ditawarkan kepada dua warga Algeria di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), katanya.
"Saya juga percaya pertukaran pelajar akan membolehkan kita lebih mengenali antara satu sama lain," kata Maandi.
Beliau menegaskan bahawa Algeria dan Malaysia telah membuat pelaburan besar dalam bidang pendidikan kerana kesedaran akan kepentingannya dan keupayaannya untuk membentuk masa depan.
Algeria mempunyai 100 universiti, selain 14 sekolah tinggi dengan pelbagai kepakaran, termasuk yang dibuka baru-baru ini membabitkan bidang matematik dan kecerdasan buatan.
Jumlah pelajar di universiti-universiti itu hari ini melebihi 1.7 juta orang, manakala lebih 2,000 biasiswa diberikan kepada pelajar asing setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Algeria
#Malaysia
#kerjasama pendidikan
#pengajian tinggi
#saad maandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan