awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan - Fadhlina
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Alhamdulillah, tiada sebarang alahan selepas 24 jam saya terima vaksin' - Menteri Agama

Fareez Azman
Fareez Azman
27/02/2021
10:45 MYT
'Alhamdulillah, tiada sebarang alahan selepas 24 jam saya terima vaksin' - Menteri Agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri berkongsi pengalaman selepas menerima vaksin COVID-19 pada Jumaat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Semuanya seperti biasa dan tiada sebarang alahan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkilfli Mohamad Al-Bakri memanjatkan rasa syukurnya dengan berkongsi keadaan kesihatannya selepas menerima vaksin COVID-19 pada Jumaat.
Jelas Zulkifli dalam satu video yang dimuat naik dalam ciapan Twitternya pada Sabtu: "Assalamualaikum, saya lafazkan alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, kita bersama rakan-rakan, sahabat handai, kita sentiasa syukur kepada Allah.
"Semalam saya mengambil satu suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, Alhamdulilah saya semalam seperti biasa tiada sebarang alahan," katanya dalam video terbabit.
Dalam pada itu, Zulkifli turut menzahirkan ucapan terima kasih buat rakyat Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
"Saya nak ucap terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia sentiasa prihatin dan cakna.
"KKM yang begitu berhemah dalam tugasan cukup mencabar dan sentiasa dilihat khalayak masyarakat, sekali lagi saya menyeru ambillah vaksin mudah-mudahan Allah SWT bagi kepada kita kebaikan.
"Lindungi diri sudah pasti bermakna kita lindungi semua," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#KKM
#Perdana Menteri
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#menteri
#Malaysia
#COVID-19
#vaksin
#Menteri Agama
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#Pfizer-BioNTech
#suntikan
#alahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan