Polis sedang menyiasat usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri atas tuduhan mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat pihaknya menerima laporan daripada pembantu rumah warga Indonesia pada 3.55 petang, Sabtu lepas.

"Dalam laporan tersebut suspek (Datuk Aliff) dikatakan telah mendera angkat perempuan yang berusia dua tahun.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihak polis akan memanggil saksi-saksi berkaitan dengan kes," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.