awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik di beberapa lebuh raya masih bergerak perlahan malam ini

Bernama
Bernama
09/02/2013
14:40 MYT
Aliran trafik di beberapa lebuh raya masih bergerak perlahan malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilapor masih lagi bergerak perlahan malam ini apabila warga kota mula pulang kampung sempena sambutan Tahun Baru Cina esok.
Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik masih perlahan dari Behrang ke Ladang Bikam.
Trafik juga sesak sebelum dan selepas Terowong Menora ke arah Kuala Kangsar serta terdapat kemalangan di Kilometer 147.7 arah utara di Bukit Tambun dan Juru.
Menurut laman itu, trafik masih perlahan dari Ayer Hitam ke Yong Peng kerana keadaan cuaca dan hujan.
Laman Twitter PLUS pula melaporkan trafik perlahan di Kilometer 87.6 arah selatan Gurun ke Sungai Petani, yang melibatkan lorong kecemasan kerana berlaku kemalangan.
PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka.
Topic Berkaitan
#kesesakan lebuh raya
#Tahun Baru Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan