awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik malam 1 Syawal di beberapa lebuh raya utama lancar

Bernama
Bernama
22/04/2023
14:54 MYT
Aliran trafik malam 1 Syawal di beberapa lebuh raya utama lancar
Aliran trafik pada malam 1 Syawal di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 10 malam ini walaupun terdapat sedikit pertambahan kenderaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik pada malam 1 Syawal di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 10 malam ini walaupun terdapat sedikit pertambahan kenderaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), ketika dihubungi, berkata trafik lancar dari Kuala Lumpur menuju ke Tol Gombak berbanding di sebelah petang tadi yang berlaku kesesakan.
"Trafik juga lancar di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 di kedua-dua belah arah," katanya
Sementara itu, aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara dari Tapah ke Gua Tempurung berlaku kesesakan susulan ia merupakan kawasan mendaki.
"Terdapat satu kemalangan yang baru berlaku di kilometer (KM) 123.7 arah utara dari Sungai Dua ke Bertam dengan kesesakan kira-kira sepanjang enam kilometer," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#trafik lancar
#Aidilfitri 1 Syawal
#Lembaga Lebuhraya Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan