awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
Ketua PBB beri amaran tindakan gugat undang-undang antarabangsa
Malaysia Airports perkukuh akses China ke KLIA, Tawau sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik meningkat, perlahan di beberapa lebuh raya utama pagi ini

Bernama
Bernama
18/10/2025
02:25 MYT
Aliran trafik meningkat, perlahan di beberapa lebuh raya utama pagi ini
LLM menasihati pengguna lebuh raya agar berhati-hati memandu, mematuhi arahan pihak berkuasa dan merancang perjalanan lebih awal. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan meningkat dan bergerak perlahan setakat 9.30 pagi ini, susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Deepavali, Isnin ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) laluan E1 arah utara, trafik perlahan dari Sungai Buloh ke Rawang serta Bandar Cassia ke Bukit Tambun.
"Bagi laluan E2 arah utara, aliran trafik perlahan dari Senai ke Kulai manakala arah selatan perlahan dari Kajang ke Bangi, Putra Mahkota ke Nilai, Ayer Hitam ke Machap dan Sedenak ke Kulai," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur juga perlahan dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) ke Plaza Tol Gombak serta Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke Genting Sempah.
Menurutnya, di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) laluan E6 arah selatan, trafik turut perlahan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Persimpangan Nilai (U).
Sementara itu, beliau berkata dua kemalangan turut dilaporkan berlaku di laluan PLUS pagi ini.
"Di laluan E1 arah selatan, terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 73.0 dari Pendang ke Gurun pada 8.55 pagi yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang namun trafik masih lancar.
"Bagi laluan E2 pula, berlaku kemalangan di KM72.7 arah selatan dari Ayer Hitam ke Machap pada 9.18 pagi. Kerja pengalihan sedang dijalankan dan lorong kanan ditutup menyebabkan aliran trafik perlahan di lokasi itu," katanya.
Beliau berkata cuaca dilaporkan baik di kebanyakan kawasan setakat pagi ini.
"LLM menasihati pengguna lebuh raya agar berhati-hati memandu, mematuhi arahan pihak berkuasa dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan teruk," katanya.
Pemandu juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini melalui talian hotline LLM di 1-800-88-7752, WhatsApp (LLM Info Trafik), X (@llmtrafik), TikTok (@llmtrafik), Facebook (Lembaga Lebuhraya Malaysia), laman sesawang www.llm.gov.my atau menerusi aplikasi mudah alih TUJU dan MyJalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#Deepavali
#lebuh raya
#kampung halaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami