awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Allah lebih menyayanginya...' Ibu Que Haidar meninggal dunia

Gempak
Gempak
06/03/2022
07:35 MYT
'Allah lebih menyayanginya...' Ibu Que Haidar meninggal dunia
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Taib Andak hari ini. - Gempak.com
Ibu kepada pelakon Que Haidar, Rahmah Hussein menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kira-kira jam 1.20 pagi tadi.
Difahamkan, pemergian Allahyarham kerana positif COVID-19.
Selain itu juga arwah ibu Que Haidar yang berusia 68 tahun turut mempunyai sakit kronik seperti kencing manis, masalah jantung dan darah tinggi.
Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, dia mengetahui mengenai keadaan arwah ibunya sekitar pagi semalam.
"Kakak hubungi saya untuk memaklumkan keadaan arwah ibu ketika itu.
“Arwah mak nazak dan mengadu sakit dada. Malah arwah ibu juga mengalami serangan jantung empat kali.
“Kali pertama, serangan itu terjadi di rumah adik saya di Pasir Gudang dan baki tiga kali serangan jantung itu di hospital,” katanya.
Jelasnya, sebaik mengetahui keadaan ibunya, dia terus pulang ke kampung seorang diri tanpa isteri dan anak.
“Malah abang saya sendiri sempat memaklumkan jantungnya kembali stabil. Tapi Allah lebih menyayanginya.
"Kami sempat luangkan masa bersama, bawanya keluar berjalan dan menikmati Asam Pedas kegemaran dia.
“Saya fikir nak balik bulan ini untuk curi masa bersamanya. Kebetulan saya ada kerja untuk mengarahkan telefilem sulung, Bahalol, di Mersing, jadi alang-alang nak 'spend' masa lagi dengannya.
“Tapi kali ini, saya tak sempat meneruskan hasrat itu," katanya.
Tambah Que, isteri dan anak dalam perjalanan untuk bertemunya dan memberikan penghormatan terakhir kepada arwah ibu.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Taib Andak hari ini.
* Artikel asal di Gempak.com
Topic Berkaitan
#Que Haidar
#COVID-19
#ibu meninggal dunia
#serangan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan