Allahyarham Tajuddin Zainal Abidin, yang maut dalam tragedi runtuhan tanjak penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Khamis lepas berjanji untuk pulang melawat dua anak perempuan dengan isteri pertamanya di Ayer Hitam, Kedah pada Sabtu dan Ahad lepas.
Isteri berkenaan, Shahra Ismail, 44, berkata kali terakhir beliau bertemu suaminya dua minggu lepas dan arwah ada menghubunginya sebelum kejadian memaklumkan mahu pulang ke Ayer Hitam untuk melihat dua anak mereka berusia lapan dan 12 tahun.
"Saya bekerja kilang dan tinggal di Kulim manakala dua anak kami Nur Izati Shahira, 12, dan Nur Izati Shafikah (lapan tahun) tinggal bersama ibu bapa saya di Ayer Hitam.
"Kami (beliau dan suami) selalu balik melawat mereka dan arwah ada berjanji untuk pulang pada Sabtu dan Ahad iaitu dua hari lepas kejadian berkenaan, tapi tidak sempat.
"Anak-anak sedih kerana tidak berjumpa dengan ayah mereka," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Shara ketika dihubungi berada di Hospital Pantai di Bayan Baru di sini menziarahi adik arwah suaminya, Lazim di hospital berkenaan selepas dia pengsan dan terjatuh akibat terkejut ketika mayat Tajuddin dibawa keluar dari runtuhan binaan pada Jumaat.
Shara berkata Tajuddin, 45, bekerja di sebuah syarikat kargo di Pulau Pinang selepas berhenti dari polis dan merupakan suami yang baik serta bapa yang penyayang kepada anak-anaknya.
"Walaupun dua anak saya tinggal jauh, arwah tidak pernah lupa menghubungi mereka dan sentiasa mengambil berat, malah anak-anak saya juga rapat dengan dua anak isteri kedua (Nur Aina Syazwani, 11, dan Nur Ain Maisarah, 7).
"Arwah selalu bawa mereka (empat anak perempuannya) keluar bersama dan dia pernah juga cakap abang tidak akan berpisah dengan mana-mana isteri walaupun apa terjadi kecuali maut, dan itu yang terjadi," katanya sedih dengan kejadian berkenaan.
Katanya, beliau juga terkilan kerana tidak sempat bertemu arwah untuk kali terakhir kerana hanya dimaklumkan mengenai kemalangan yang menimpa suaminya ketika Tajuddin telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
"Saya cuma dimaklumkan kejadian itu oleh isteri kedua (Shariffah Ramli) ketika mayat arwah di hospital.
"Tetapi saya tidak sempat jumpa abang (arwah) kerana Shariffah maklumkan pihak hospital tidak boleh tunggu lama kerana jenazah berada dalam keadaan tidak mengizinkan dan dia (isteri kedua) terpaksa bawa balik ke kampung halamannya di Bukit Merah, Perak," katanya.
Shara berkata mereka sekeluarga redha dengan kejadian itu cuma berharap pihak bertanggungjawab dengan projek berkenaan tidak lepas tangan kerana beliau dan madunya kehilangan tempat bergantung nafkah hidup.
Sementara itu, Timbalan Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Jambatan Kedua Sendirian Berhad (JKSB) Azizi Azizan berkata pihaknya akan menilai pampasan yang sewajarnya untuk keluarga Tajuddin.
"RM10,000 yang kita akan beri itu adalah wang ehsan untuk keluarga mangsa dan kita juga lihat keperluan untuk keluarga isteri pertama arwah. JKSB tahu mengenai mereka (isteri pertama)," katanya.
Dalam kejadian lewat petang Khamis lepas, mayat Tajuddin berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat pada pukul 8.45 malam keesokan harinya setelah ditemui berada di tempat duduk pemandu Perodua Kelisa.
Azizi berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak menjejaskan tempoh siap projek itu yang dijadualkan sebelum akhir tahun ini.
Bernama
Mon Jun 10 2013
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Allahyarham Tajuddin janji untuk jumpa dua anaknya di Kedah
Allahyarham Tajuddin Zainal Abidin, yang maut dalam tragedi runtuhan tanjak penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Khamis lepas berjanji untuk pulang melawat dua anak perempuan dengan isteri pertama.