PEMENANG Ballon d'Or, Lothar Matthaeus berkata, perpindahan ke Liverpool pada musim panas bukan pilihan tepat untuk pengendali Bayer Leverkusen, Xabi Alonso.
Alonso dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, Real Madrid dan Bayern Munich selepas melakukan tugas yang menakjubkan bersama pendahulu Bundesliga itu.
Dia mengendalikan pasukan yang belum tewas dan berada 10 mata di hadapan Bayern Munich untuk merangkul kejuaraan Jerman buat kali pertama dengan baki lapan perlawanan musim ini.
Matthaeus berkata, untuk mengikuti rentak Jurgen Klopp di Liverpool akan menjadi sukar buat mana-mana jurulatih dan Alonso harus terus kekal bersama Leverkusen.
“Liverpool bukanlah pilihan yang tepat untuk Xabi Alonso selepas musim ini. Dia mempunyai pilihan yang lebih baik,” katanya.
Matthaeus menghabiskan sebahagian besar kariernya di Bayern dan berkata, dia akan mengalu-alukan Alonso sebagai pengganti pengendali Bayern, Thomas Tuchel pada musim panas tetapi mengakui di Munich Alonso perlu membina pasukan baharu.
Leverkusen telah menang 34 perlawanan dan seri empat kali daripada 38 aksi musim ini.
Kelab itu juga berada di peringkat separuh akhir Piala Jerman dan suku akhir Liga Europa, Alonso sedang membawa Leverkusen ke landasan untuk meraih treble.
“Kenapa berpindah ke Liverpool? Kenapa dia perlu meninggalkan pasukan terbaik ini yang membuatkan kami gembira dengan bola sepak mereka yang cantik, seperti Barcelona 12 tahun lalu," katanya.
Klopp mengejutkan dunia bola sepak pada Januari dengan mengumumkan dia akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim selepas sembilan tahun di The Reds. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 28 2024
Reaksi Xabi Alonso ketika perlawanan Bundesliga antara Bayer Leverkusen dan SC Freiburg di Stadium Europa-Park di Freiburg im Breisgau, Jerman, 17 Mac 2024. (Foto AP)
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Xabi Alonso masih belum sedia untuk bersara
Kontrak pemain berusia 35 tahun itu di Allianz Arena dijangka berakhir pada hujung musim ini dengan pemain itu masih belum menandatangani kontrak pembaharuan.