awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alumni PTD gesa tindakan tegas tangani rasuah dalam perkhidmatan awam

Bernama
Bernama
16/03/2025
21:15 MYT
Alumni PTD gesa tindakan tegas tangani rasuah dalam perkhidmatan awam
Abdul Halim berkata tanpa pencegahan yang kuat, pegawai dan kakitangan awam mengambil mudah rasuah justeru menjadikan amalan itu terus berleluasa. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) menggesa kerajaan untuk melaksanakan langkah yang tegas dan tuntas bagi menangani rasuah dalam sektor awam.
Presidennya Tan Sri Abdul Halim Ali berkata tanpa pencegahan yang kuat, pegawai dan kakitangan awam mengambil mudah rasuah justeru menjadikan amalan itu terus berleluasa.
Beliau berkata kajian menunjukkan penguatkuasaan akan lebih berjaya sekiranya denda yang berat dikenakan dengan kebarangkalian ditangkap adalah tinggi termasuk kejayaan pendakwaan kes-kes sedemikian.
"Alumni PTD ingin mencadangkan supaya kita kembali ke asas dan memfokuskan pada beberapa program dan dasar sedia ada untuk melawan rasuah," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata Alumni PTD mencadangkan beberapa langkah utama untuk menangani pelaksanaan yang lemah termasuk pengisytiharan aset tahunan.
"Pegawai dan kakitangan, terutamanya mereka dalam perkhidmatan yang terdedah kepada rasuah, mesti membuat pengisytiharan (aset) tahunan mereka dan pegawai kanan mereka harus menyemak pengisytiharan tersebut untuk memastikan kebenaran dan ketepatan.
"Penggunaan Kecerdasan Buatan dan analisis data besar akan membantu dalam hal ini. Kedua, ketua jabatan penguatkuasaan dan penyelia di setiap peringkat perlu memastikan integriti dalam kalangan pegawai di tempat kerja," katanya.
Beliau berkata Alumni PTD menyokong program pertukaran pegawai secara berkala, bagaimanapun, tindakan perlu diambil terhadap mereka yang disyaki terlibat rasuah sebelum mereka ditukarkan.
Sehubungan itu, Halim mencadangkan penurunan pangkat dan sekatan untuk kenaikan pangkat bagi tempoh yang lama perlu dikenakan ke atas mereka dan hukuman denda perlu dinaikkan.
"Hukuman tambahan, seperti rampasan semua aset milik mereka yang disabitkan dengan rasuah dan juga aset saudara mereka jika diperoleh melalui cara rasuah," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alumni PTD
#Pegawai Tadbir dan Diplomatik
#Rasuah
#Abdul Halim Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan