Skip to main content

Malaysia

Pengarah syarikat rugi RM128,000 terperdaya tawaran tender palsu

Mangsa berjumpa dengan pihak kolej untuk mendapatkan pengesahan, namun semakan mendapati tiada pegawai bernama Ismail Jusoh di kolej tersebut. - Gambar hiasan
Mangsa berjumpa dengan pihak kolej untuk mendapatkan pengesahan, namun semakan mendapati tiada pegawai bernama Ismail Jusoh di kolej tersebut. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA TERENGGANU: Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian RM128,700 selepas terperdaya dengan tawaran tender tidak wujud oleh sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 23 Nov lepas, lelaki berusia 30-an itu ditawarkan tender membekalkan kerusi kantin jenis keluli tahan karat untuk Kolej Vokasional Dungun daripada suspek yang dikenali sebagai Ismail Jusoh.

Beliau berkata suspek yang menyamar sebagai pegawai kolej memperkenalkan mangsa dengan pembekal barangan iaitu Mr Leong untuk membuat rundingan lanjut.

Advertisement

"Mangsa yang bersetuju telah membuat tiga kali transaksi berjumlah RM128,700 ke Hylos Trading pada 24 dan 25 Nov sebagai bayaran deposit tender.

"Mangsa kemudiannya berjumpa dengan pihak kolej untuk mendapatkan pengesahan, namun semakan mendapati tiada pegawai bernama Ismail Jusoh di kolej tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Azli berkata mangsa yang menyedari ditipu telah membuat laporan pada 5.45 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement