awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alumni PTD nafi keluar tuduhan terhadap KSN, KPPA

Bernama
Bernama
16/08/2023
12:49 MYT
Alumni PTD nafi keluar tuduhan terhadap KSN, KPPA
Isnin lepas, tular di media sosial satu kenyataan bertarikh 14 Ogos yang mengandungi berbagai tuduhan terhadap KSN dan KPPA yang kononnya dikeluarkan Alumni PTD. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) hari ini menafikan ada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Timbalan Presiden Alumni PTD Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid berkata sebarang kenyataan yang dibuat oleh Alumni PTD adalah dikeluarkan melalui saluran rasminya iaitu Pejabat Urusetia Alumni PTD.
Beliau berkata setiap kenyataan yang dibuat juga perlu melalui proses perbincangan dan tapisan tertentu serta ditandatangani Presiden Alumni PTD sendiri atau ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang ditugaskan bagi pihak Presiden.
"Semua kenyataan rasmi Alumni PTD juga dikeluarkan di atas letter-head Alumni PTD. Oleh yang demikian, kenyataan yang dibuat bertarikh 14 Ogos itu jelas bukan datangnya dari Alumni PTD," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Isnin lepas, tular di media sosial satu kenyataan bertarikh 14 Ogos yang mengandungi berbagai tuduhan terhadap KSN dan KPPA yang kononnya dikeluarkan Alumni PTD.
Nuraizah berkata Alumni PTD yang ditubuhkan pada 1989 dengan terdiri daripada pesara PTD bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli, membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan memberi perkhidmatan kepada negara dan masyarakat.
"Aktiviti-aktiviti Alumni PTD adalah sentiasa positif dan konstruktif seperti forum, ceramah, perbincangan meja bulat, penerbitan dan kebajikan... Alumni PTD sentiasa bertindak profesional dan bertanggungjawab dalam segala urusannya, serta memberi perhatian kepada kepentingan ahli, rakyat dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Alumni PTD
#KSN
#KPPA
#proses perbincangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan